Rabu, 28 November 2012

LUMRAH HIDUP, KEHIDUPAN YANG LUMRAH


Masa Senang Lupa Diri, Dah Nazak Ingat Semua


ihsan dari:
www.freemalaysiakini2.com/?p=55005

BARU-BARU ini seperti yang kita semua maklum, teruk Nurul Izah Anwar kena hentam berikutan ucapannya yang sifatkan sebagai menggalakkan semua rakyat di negara ini bebas memilih agamanya sendiri (dalam konteks kebebasan beragama) sekaligus beliau dituduh sebagai manusia yang cuba mengembangkan fahaman pluralisme. Bahkan sampai sekarangpun masih hangat diperkatakan lebih-lebih lagi di PWTC dalam dua tiga empat hari ini!
            Kemudiannya, Nurul Izah menafikan tuduhan tersebut malah mempertahankan marwahnya bahawa orang Islam tetap tidak boleh menukar agama mereka sewenang-wenangnya. Dengan kata lain beliau tidak menyokong perbuatan murtad.
            Oleh kerana beliau diterjah bertubu-tubi terutama daripada pihak Umno, maka wakil rakyat Lembah Pantai itu terpaksa membawa isu tersebut ke mahkamah dengan menyaman Utusan Malaysia kerana dikatakan sebagai akhbar yang memperbesarkan kes tersebut. Namun menurut media, Utusan Malaysia bukanlah akhbar pertama yang menyebarkan ucapan beliau itu tetapi akhbar terbabit (yang mula-mula) tidak dinamakan Nurul Izah sebagai defendan dalam kes samannya itu.
             Penulis pada mulanya terpinga juga bagaimana Nurul berani membawa kes tersebut ke mahkamah berdasarkan ucapan beliau yang dimainkan berulang kali oleh pihak media amat jelas maksudnya (kalau diambil dalam konteks itulah..)
            Kemudian, penulis terjumpa di laman sesawang, rupanya ucapan seumpama itu, malah lebih bersifat menyerah berbanding kata-kata Nurul Izah, pernah dilakukan oleh pemimpin Umno pada tahun 2007.  Baca di sini
            Dalam kes ini, penulis minta khalayak jangan campur adukan dengan isu-isu  lain, sebaliknya cuba kita fokus kepada ucapan kedua-dua pemimpin berkenaan (Nurul dan pemimpin Umno itu) agak-agaknya Izah boleh menang tak?
            Itu pun, kalau lah apa yang dilaporkan portal itu benar...


Jagindas: Masa tu apa pasal semua orang tak nampak ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.