Khamis, 29 November 2012

MAMPUKAH BN PEROLEH 140 KERUSI?


Untuk Elak Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu

PERAK AMAN JAYA!
ATAS prinsip 3P yang dijadikan azimat oleh kerajaan negeri Perak sebaik sahaja BN berjaya merampas semula pemerintahah negeri itu daripada tangan rakus Pakatan Rakyat (PR), negeri itu yakin setiap rakyatnya akan "Tiada Yang Tertinggal dan Tiada Yang Terpinggir". 
            Tiga 'P' itu adalah: kita turun ke Padang, kita selami Perasaan dan kita laksana Penyelesaian. Lantas, negeri itu bertekat menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang Aman dan Berjaya atau ringkasnya - Perak Aman Jaya. Satu soalan, apakah ketiga-tiga P itu benar-benar sudah terlaksana atau dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat BN? Jawapannya, hanya rakyat di situ sahaja yang tahu...
            Sebaik sahaja selesai pilihan raya ke-12 lalu (2008), PR berjaya menerajui negeri berkenaan dengan kelebihan tipis. Namun, dengan kehendak Allah Taala, bersebabkan kekuatan teknikal, Barisan Nasional (BN) berjaya secara undang-undang serta falsafah demokrasi untuk merampas semula secara terhormat pemerintahan negeri itu setelah membiarkan PR memerintah selama kira-kira sebelas bulan.
            Mengimbau kembali stuasi ketika itu, rata-rata rakyat Perak merasakan begitu terhimpit dan memalukan. Malah, selama tempoh sebelas bulan itu Perak bagaikan tiada hala tuju di bawah pimpinan Datuk Seri Nizar yang diangkat sebagai Menteri Besarnya.
            Namun, sebaik sahaja Datuk Seri Zambry Kader diberi kepercayaan mengetuai kerajaan Perak apabila sokongan daripada tiga wakil rakyat dari PR bertindak memihak BN, Zambry telah menggunakan kesempatan itu dengan sebaik-baiknya bagi membetulkan semula 'kesilapan' rakyat ketika memilih PR sebagai peneraju negeri bertuah itu.
            Secara ringkasnya, rakyat Perak khususnya orang melayu di negeri itu masih bernasib baik berbanding Selangor dan Pulau Pinang berbanding sebelas bulan di bawah cengkaman kuku PR.
            Sebagai kerajaan yang mendahulukan kerja dan tindak tanduk demi rakyat dan mengetepikan cakap-cakap dan sorak sorai politik, Zambry serta kerabat kerjanya terus membetulkan keadaan dengan mempraktikan pelbagai program dan projek meliputi hal-hal ekonomi dan sosial selain memperkukuhkan kedudukan politik BN.
            Ketika ini, barangkali rakyat sedang membilang minggu untuk menunggu tarikh pilihanraya ke 13 di umumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur ketika ini juga sudah tentu ada macam-macam cerita tentang pilihanraya tersebut. Dalam bab kerahsiaan tarikh keramat tersebut, Najib nampaknya macam juga Tun Mahathir yang ada kalanya membuat rakyat resah dan tidak sabar menantikan tarikh berkenaan.
            Seperti dalam mana-mana piliharaya sebelum ini, penilaian rakyat adalah lebih menumpu kepada apa yang dapat dirasai oleh mereka hasil daripada satu-satu pemerintahan itu lebih-lebih lagi pengundi-pengundi di luar bandar dan atas pagar. Bertempiklah sekuat manapun tentang puji-pujian dari negara luar terhadap kemajuan negeri/negara kita, betapa besarnya pelaburan yang datang dan keluar, namun ketika tiba masa mengundi masing-masing akan melihat apa yang ada pada diri mereka, anak cucu, kampung dan daerah mereka. Padahal, keluar masuknya pelaburan adalah satu daripada unsur kekuatan pemerintah yang perlu diambil kira dari sudut ekonomi.
            Sebab itu, sembang-sembang politik menjelang pilihanraya kali ini agak menyeramkan sedikit kerana wujud sikap pengundi yang yang mahukan pertukaran (bukan perubahan) tanpa sebab yang jelas. Mereka memberikan sebab-sebab yang dangkal. Misalnya, pertukaran parti memerintah itu penting kerana BN sudah terlalu lama, BN korupsi dan BN perkauman serta macam-macam pendapat yang dangkal.
            Pengundi-pengundi muda yang sememangnya lemah tentang hujung pangkal sejarah negara sendiri menambahkan lagi kekalutan pemikiran politik tanah air sekali gus memberi kredit percuma kepada pihak lawan.
            Justeru, yang memiliki pemikiran dangkal seperti ini nampaknya amat sedikit yang berubah, maka penulis merasai sedikit kebimbangan akankah budi dilupakan begitu sahaja dan bahasa tidak lagi memandu santun bangsa Malaysia dalam PRU kali ini.? Isu-isu semasa hatta yang menyentuh soal agama dan bangsa sekali pun nampaknya kurang berupaya menghakis 'salah pandang' mereka sebelum ini. Ibarat penagih dadah, mereka seumpama 'penagih tegar' yang sukar dipulihkan! Sudah terang dan disuluh pula, pun mereka masih tidak nampak! Inilah faktor  yang menyeramkan.
            Makanya, bagi negeri Perak (barangkali juga negeri-negeri lain) penulis adakalanya bahkan sesekali kian merasa bimbang dan khuatir kalau-kalau menerusi PRU13 nanti BN akan tertinggal dan dipinggirkan oleh rakyatnya.
            Apalah ertinya pilihan raya dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen jika pertandingan itu nanti diakhiri dengan kalah menjadi abu menang menjadi arang.
            Justeru, demikan jugalah di peringkat pusat, kemenagan BN yang diramal cuma mengaut 120 kerusi oleh beberapa peramal yang terus mata (nujun pak belalang, hehehe..) bagi penulis jika terjadi ia adalah sesuatu yang membawa kesukaran kepada masa depan negara. Oleh itu, penulis berharap menerusi PRU13 ini harap-harap rakyat bersedia menyerahkan tidak kurang dari 140 kerusi kepada BN. Bermakan, kita tidak pula doakan PR K.O. Pemerintahan BN juga memerlukan pemerhati dan pengimbang tetapi dari kalangan yang berwibawa, berakal dan berilmu agar BN tidak tidur lebih lapan jam sehari dan kerap sembahyang tahajut di sepertiga malam.
            Di PWTC ketika ini diharapkan mereka yang bijak pandai akan menemui jawapannya!


Jagindas:  Kita mahu yang menang dan yang kalah tetap jadi manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.