Apa Itu Tiada Kompromi, Serta-Merta
|
"TIADA KOMPROMI - TINDAKAN SERTA MERTA DIAMBIL" |
(Nak tahu? Ini jawapannya!)
SEJAK insiden serangan penceroboh
bersenjata di Lahat Datu, Sabah, ramai yang gatal mulut dan gatal berkurap
tangan. Selain Naib Pengerusi PKR, Tian Chua, pelakon 'mohon maaf' dan bakal
menjadi hero filem Lahat Datu, seorang guru di Kelantan turut gatal tangan menyerikan
mukabukunya (facebook-fb) mengambil kesempatan emas itu untuk menghina pasukan
keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.
Pegawai-pegawai
yang berkaitan telah memberikan pelbagai reaksi. Rata-rata mereka menyatakan
'tidak akan berkompromi' dengan penjawat awam yang sedemikian rupa.
Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin kata begitu. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan
Seri Abd Ghafar Mahmud, pun kata begitu. Dan paling sedap didengar adalah komen
daripada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, yang dipetik sebagai
berkata "Tindakan
Tatatertib Serta Merta" akan dilaksanakan ke atas pegawai atau guru
terbabit. Tiada kompromi dan tiada maaf baginya. Kesiaannn..
SERTA
MERTA?! Apa itu serta merta? Serta merta maknanya sesuatu yang dibuat tanpa ditangguh-tangguh
atau tanpa bertangguh-tangguh. Orang utara kata la la ni jugak. Penulis agakkan
cikgu 'berkurap di tangan' itu sudah ditamatkan perkhidmatan ke, digantung
perkhidmatan ke, ditahan kenaikan gaji ke, dinaikan pangkat ke atau dibuang
jauh ke sebuah sekolah pendalaman di Lahat Datu!
Itu
yang khalayak nak tahu. Cakaplah.. Takkan hal macam ini pun jadi polimik. Apa
nak ditakutkan, fb dia tentulah dia yang punya dan dialah yang buat. Kalau dia
pakai 'setiausaha peribadi' sekalipun, itu kira dia buat juga lah... Bukan kah?
Tetapi,
dalam kenyataan akhbar KSU semalam tidak pula beliau nyatakan apakah bentuk
tindakan serta-merta itu. Sepatutnya, tindakan sudah ada dan dilaksanakan - serta merta. Polis, polis punya
hal. Itu soal lain. Manakala kementerian, kementrian punya hal lah! Dua artikel
yang tidak sama. Kalau tidak jangan di sebut serta-merta. Katalah: Tindakan akan diambil sebaik sahaja proses
mahkamah selesai.. Ini bukannya serta merta tetapi sedang mencari-cari apa
agaknya yang sesuai dan bila pulak nak dikuatkuasakan ke atas pesalah
berkenaan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.