Selasa, 1 Julai 2014

RASANYA, ZAHID PUN TAHU...

Amaran Wayang kah atau Wayang Amaran?

Pada tulisan sebelum ini, saya semacam sudah tidak mahu lagi membicarakan masalah aktiviti bisnis haram yang dilihat bagaikan tiada pengawasan. Ini kerana, sudah dilihat banyak hal yang dirasakan ada yang tidak kena dalam badan-badan penguatkuasa kita.
Bila kita katakan ada berlaku rasuah, pihak yang terbabit akan menyergah supaya  yang menuduh dapat menampilkan bukti kukuh. Dan bila dinafikan pula, jelas terasa penguatkuasa tidak buat kerja. Dan, bila kata-kata ini dilontarkan, merahlah muka yang berkenaan. Kalau duduk berjiran sudah tentulah tidak akan bertegur sapa. Silap-silap, dendam pula yang timbul...
            Seruan saya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, agar berhati-hatilah ketika membuat kenyataan supaya jangan sampai nanti di tertawakan oleh anak buah awak sendiri. (baca di sini)
Orang putih kata, simple mathematics. Kalau di daerah, Tuan Pegawai Daerah atau lebih dikenali sebagai Tuan D.O. adalah seumpama “raja” manakala Tuan Ketua Polis Daerah atau biasa disebut Tuan OCPD-lah hulubalangnya. Di atas DO itu adalah menteri besar manakala di atas OCPD itu adalah ketua polis negeri dan Ketua Polis Negara (KPN).
Kalau penguatkuasa menafi atau dinafikan menerima rasuah bermakna badan itu tidak menjalankan tugasnya dengan jujur, setia dan tegas. Kalau tidak masakan aktiviti haram seperti itu bersenang lenang di depan mata! Manakala pilihan lainnya, sumbatan rasuah menyebabkan tangan, kaki dan mulut menjadi kaku sehingga aktiviti haram terus bermaharaja lela dan bersembunyai malalui pelbagai topeng dan rupa.
Biasanya, setiap daerah pada setiap bulan ada mengadakan mesyuarat majlis tindakan daerah yang dipengerusikan oleh DO sendiri. Di situ semua ketua jabatan di daerah berkenaan akan hadir termasuk wakil rakyat-wakil rakyat. Kalau DO (‘raja daerah’) menyergah bahawa beliau mahu daerah itu bersih daripada aktiviti haram maka sudah tentu semua badan penguakuasa akan bergerak memastikan ianya tidak berlaku. Dengan kata lain undang-undang dan eraturan dipatuhi.
Justeru, sukalah saya menasihatkan Datuk Seri Zahid Hamidi, supaya cermat- cermatlah apabila melotarkan kenyataan terutama berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang. Bukan apa, pertamanya dikhuatiri kenyataan orang nombor satu di KDN akan ditertawakan oleh anak-anak buah sendiri. Kedua, takut-takut menteri KDN akan terus ditipu lapor oleh anak buahnya sendiri. Rasanya sekarang pun, Zahid dah kena kencing...


Jagindas: Lagi banyak undang-undang, lagi luas peluang ‘rezeki’....errrmmmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.