Lain macam je muncung Mat Sabu tu.... |
Boleh Dorong Pengikut Lakukan Huru-Hara
KELMARIN, Naib Pengerusi PKR, Tian
Chua, telah didakwa di bawah akta hasutan 1948. Begitulah ringkasan tajuk dan
isi berita membabitkan Tian Chua yang menjadi kemarahan rakyat jelata
(majoriti) berikutan kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina dan berunsur
hasutan berikutan serangan penceroboh bersenjata puak kesultanan Sulu di Lahat Datu
sabah.
Oleh
kerana ia sudah menjadi kes polis dan mahkamah, maka penulis fikir biarlah
mereka yang bertanggung jawab menyelesaikannya. Sama ada dibebas dan
dilepaskan, didenda RM5,000 (apa ada 5ribu...), dipenjara tiga tahun, atau
kedua-duanya sekali - kita tunggu sajalah...
Namun,
tidak menjadi hal jika rakyat jelata mahu menunjukkan bantahan dan kemarahan
terhadap dia asalkan ia dilakukan dalam keadaan aman dan ikut prosedur yang
telah ditetapkan. Teruskan! Memang wajib kita bebuat begitu kerana Tian Chua
bukan sekadar bacul tetapi melakukan biadap yang melampau!
Pun
begitu, bagi penulis mereka yang beria-ia penuh semangat menyokong Tian Chua
dengan menafikan dia telah melakukan kesalahan di bawah akta tersebut, penulis
fikir pihak keselamatan atau pihak berkuasa harus juga meneliti sejauh mana
sokongan yang diberikan oleh mereka itu.
Bagi
penulis, ada ketikanya sokongan yang melampu juga boleh mendorong kepada
permainan sentimen rakyat untuk terus membenci kerajaan seterusnya mendorong
rakyat bertindak sesuatu yang diluar batasan atau dugaan.
Justeru,
barangkali orang-orang seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) juga wajar diberi
perhatian dalam konteks ini dan dibawah akta yang sama iaitu akta hasutan 1948.
Apa-apa
pun, kita kena ingat peringatan orang tua-tua supaya sentiasa mengawal cetusan
nyalaan api jangan sampai marak dan menyelerak. Api - kecik kecil jadi kawan yang
telah banyak membantu kita dalam kes-kes masak memasak dan sebagainya tetapi sesudah
menjadi besar ada kalanya pihak bomba pun tidak mampu membelasahnya! Bukankah?
barangkali mesti !
BalasPadam