Berikutan Selain faktor
Mazhab, Umat Itu Juga Dilanda Fahaman Yang Mengelirukan
SEMALAM, sembang-sembang penulis bersama
rakan-rakan memberi tumpuan kepada masalah perpecahan umat Islam sekarang bukan
sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia terutama di negara-negara arab
yang majoriti penduduk serta pemerintahannya adalah berlunaskan peraturan,
peradaban dan undang-undang Islam. Namun, kami memberi tumpuan kepada masalah
dalam negara kita sendiri kerana ia
berkait rapat dengan isu pilihanraya PRU13 ini.
Heret
punya heret tidak sedar percambahan idea telah melampaui jam 5 pagi. Umum khususnya umat Islam di negara ini
(bahkan di rautau Asia) adalah pengikut mazhab Shafie. Namun, kemasukan sebuah
gerakan fahaman (yang sudah wujud ratusan tahu lalu) iaitu Syiah dan Wahabi ke
dalam semua mazhab agama Islam (mazhab yang empat: Shafie, Maliki, Hambali dan
Hanafi) telah mewujudkan satu wajah baru yang menakutkan terhadap agama suci
itu. Makanya, tidak hairanlah negara-negara barat (orang bukan Islam) mengecap
penganut agama Islam adalah pengganas! Ini adalah satu tuduhan yang serius,
tidak adil dan bersifat provokasi berikutan fitrahnya agama Islam itu adalah
agama keamanan, persaudaraan dan sezaman.
Berikutan
konflik pengaruh fahaman yang meresapi umat di negara ini maka, ada yang kata,
barangkali kalau pemimpin kita bersetuju kepada perjuangan syiah, melayu
mungkin bersatu atas nama agama Islam. Pendapat ini dibantah oleh rakan yang
lain setelah meneliti kekerasan, kefanatikan serta kesongsangan akidah penganut
fahaman syiah itu.[rujuk fahaman syiah]
Lalu
mereka mencadangkan supaya pemimpin melayu kita bersatu melalui fahaman wahabi.
Pun, pihak yang bersetuju dengan syiah menolak cadangan itu. Ini kerna, fahaman
berkenaan (wahabi) dikatakan terlalu melebih-lebihkan perkara remeh. Penganut
fahaman wahabi juga didakwa terlalu banyak menyangkal amalan makruf yang
diamalkan oleh penganut mazhab shafie selama ini sehingga mengecap banyak
amalan umat Islam hari ini dianggap mereka sebagai perbuatan bidaah.[rujuk
fahaman wahabi]u tida
Memahami
ancaman ke atas umat Islam sejagat khususnya di negara ini, kerajaan telah
melipat gandakan usaha memaklumkan kepada rakyat terhadap bahaya-bahaya atau
risiko yang yang bakal di alami umat Islam dan negara sekiranya fahaman-fahaman
ekstrimis dibiarkan bermaharaja lela.
Malangnya,
ramai kalangan umat Islam hari ini memandang remeh gerakan faham tersebut
lantas tidak menghayati penjelasan yang didedahkan oleh media-media terhadap
isu tersebut. Peliknya, apabila isu liberalisma dan pluralisma hinggalah kepada
isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible versi melayu, wujud satu suara
penentangan dan bantahan keras. Itupun, setelah mengambil masa yang agak lama
dan setelah tekanan demi tekanan diberikan berlandaskan rujukan jelas maksud
"Agama Islam dan Kesucian Allah Taala" itu sendiri. Timbul persoalan
di sini, mengapa isu berkenaan tidak dihadapi secara sederap? Jawapan
ringkasnya; demikianlah kuatnya pengaruh nafsu "Matlamat Menghalalkan
Cara"
Lantas,
penulis membuat kesimpulan jika kedua-dua faham itu banyak memberikan
pertentangan dengan ajaran yang umat Islam terima sebelum ini khususnya
menerusi mazhab shafie, maka adalah baiknya semua umat Islam di negara ini
bahkan di dunia sekalipun berpegang kepada fahaman 'Wasatiyyah' (kesedrhanaan).
Bagi
penulis, ia bukan disebabkan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib telah
mencetuskan idea fahaman ini menerusi pentadbirannya tetapi tanpa mengira apa
mazhab pun (mazhab yang empat) ikutan masyarakat Islam di dunia ini, Allah
Taala dengan jelas mengajarkan supaya umatNya bersederhana dalam apa juga
perbuatan dan tindakan.
Bersederhana
tidak bererti beralah, mengalah atau bersifat berserah mahupun pasrah! Lunas
dan landas seperti yang dijelaskan dalam quran dan hadis tetap menjadi panduan
hidup tetapi ia dijana bersesuaian dengan perkembangan masyarakat sedunia dan
setempat. Ia mengangkat pemodenan dan moderasi dan pada masa sama tetap menjaga
martabat agama Islam sebagai panduan hidup.
Masalahnya,
adakah generasi muda hari ini (malah ramai juga yang dewasa terbabit) memahami
apakah sebenar-benarnya yang dikatakan fahaman syiah, wahbi dan wasatiyyah itu?
Ini
kerana, mereka dilihat sebagai pengikut dan penganut fahaman itu secara 'babi buta' berikutan ramai kalangan
terbabit memiliki ilmu agama (pada laras mazhab shafie) yang lemah dan nipis.
Manakala bagi mereka yang sebenarnya mengetahui secara mendalam bab-bab
tersebut telah menyalah tafsir serta menyalah gunakan fahaman itu hanya kerana
untuk membenarkan kepentingan peribadi tercapai.
Justeru,
banyak perkara yang jelas tidak dibolehkan atau haram sama sekali dalam Islam
telah dihalalkan seperti mana apa yang disebut mereka sebagai 'Matlamat
Menghalalkan Cara'. Dan, jelasnya dalam kes ini pengikut yang tidak mahir dalam
bab-bab agama atau tidak berupaya membezakan antara ajaran mazhab dengan
fahaman ekstrimis (Islam) dengan sendirinya teraniaya atau menganiaya diri sendiri
setelah termakan dengan rentak kedua-dua fahaman itu.
Justeru,
sebelum kita berbicara tentang akankah berlaku perpaduan sejagat umat Islam di
Malaysia bahkan di dunia ada baiknya kita memhami sekurang-kurangnya sepintas
lalu apakah bentuk, rona dan sifatnya fahaman syiah, wahabi dan wasatiyyah itu.
Kerana, tanpa pemahaman yang tepat, barangkali ia semakin menyesatkan!
Sekali
lagi diingatkan bahawa mazhab-mazhab yang empat (Shafie, Hambali, Maliki dan
Hanafi) dan fahaman-fahaman (Syiah, Wahbi dan Wasatiyyah) adalah dua perkara
yang berbeza.
Untuk
tulisan kali ini penulis mahu bertanya kepada pembaca di luar sana: "Akan berlakukah realiti umat Islam di
Malaysia ini bersatu padu atas nama agama Islam yang satu, mazhab yang satu
serta pengurusan agama dan duniawi yang global? Sejujurnya, mengapa anda
berkata begitu?"
Persoalan ini penulis timbulkan kerana dalam arena politik
hari ini, masyarakat Islam dikelirukan oleh dua gejala utama: Pertama gejala
putar belit daripada puak pembangkang
dan kedua dari dalam Islam sendiri iaitu kekeliruan antar perjuang menegakkan
agama atau memperluaskan fahaman ekstrimis bersandarkan agama Islam.
Sedang
bagi masyarakat lain, mereka hanya dikelirukan oleh isu-isu yang dibawa dan
diputarbelitkan puak pembangkang sahaja!
Jagindas: selepas ini
penulis akan memaparkan artikel yang berkaitan fahaman-faham tersebut sebagai
pemecah minda pembaca. Manakala pembaca yang sudah memaklum masalah itu, tentu
mampu memberikan jawapan terhadap soalan yang penulis kemuakan di atas!
Terima kasih atas
respon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.