Jumaat, 1 Februari 2013

PENJENAYAH TEMBAK POLIS TAK APA

GAMBAR HIASAN

Kalau Polis Tembak Penjenayah, Salah!

MEMANG  dah perangai suka menyusahkan orang lain. Soalnya, mengapa bila di tahan atau di beri amaran supaya berhenti untuk pemeriksaan mangsa tak nak berhenti malah terus memecut.?? Apa maknanya itu? Adakah tiap kali polis atau pihak berkuasa berbuat demikian (arahan berhenti) itu juga satu gurauan dan boleh di main-main? Ya? Ya? Ya, ya, ya, ya!  [di sini]
            Jika masalahnya yang membawa kereta bukan mangsa, itu soal lain. Mana polis tahu siapa betul siapa tak betul sebab soal siasat dan pemeriksaan tidak dapat dilaksanakan. Jadi, nasiblah terkena peluru. Polis pun tembak bukan dengan niat untuk membunuh tetapi untuk memberhentikan kenderaan dengan harapan suspek dapat ditahan dan di soal siasat.
            Soal, berpuluh peluru melekat di badan mangsa, itu juga nasib yob. Sasaran polis mungkin nak tembak kereta atau tayar kereta. T nak buat buat macam mana, menembak kenderaan tengah bergerak. Itu sebab, mesti berhenti apabila kamu diarahkan berhenti.
            Mengapa suka cari pasai. Cari susah buat apa? Tapi, biasalah, ada sesetengah orang, orang matipun dia boleh buat duit. Pokoknya duit. Peguam pun satu hal juga. Janji ada masyuk sudah...
            Justeru, kepada semua polis jangan takutlah. Kalau masih ada yang degil dan meragukan, tembak saja. Nasiblah! Depa pun macam itu juga. Kalau dia ada peluang, polis mesti mati punya kena tembak. Jadi, sebelum dia tembak ente, ente tembak mereka dulu. Baru dia ada akai, weh...! Dalam banyak kes sebelum ini polis kena tembak bahkan ada yang mati, tak ada pulak peguam yang persoalkan "kenapa penjayah itu tembak polis". Peeerrrrrghhhhhhh..!
            Dalam pada itu, kes C Sugumaran juga nampaknya sudah melalut-lalut. Kadang-kadang dirasakan ada puak rakyat di Malaysia ini semacam mempermain-main undang-undang demi kepentingan diri di samping ada matlamat politik peribadi / kelompok tertentu. Apa yang pengting bagi mereka, kerajaan salah. Pihak berkuasa salah. Dannnnn, mereka adalah sentiasa betul dan bersih. Piiirahhhhh!

Jagindas: Ngaku sajalah... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.