Jangan Nanti Pilih Punya Pilih
Terpilih Buku Kemerau!
KIRA-KIRA pukul 10 malam tadi,
seorang rakan datang bertandang. Barangkali tidak selesa di rumah dengan cuaca
panas sekarang. Jadi, perlu cari kawan-kawan sembang sambil menikmati suhu
malam. Antara sembangnya itu;
Katanya,
sekarang ini kalau kita nak naik kenderaan awam seperti bas ekspres atau teksi,
penumpang harus mengambilkira dua perkara utama terhadap kenderaan tersebut.
Pertama adakah keadaan kenderaan itu 'selamat' bukan sekadar cantik dari segi rupa
dan kebersihan sahaja.
Sekurang-kurangnya
apa yang boleh kita lihat seperti tayar kenderana itu adakah berkeadaan elok
dan baik. Kedua, kita juga kena pastikan
apakah pemandunya juga berkeadan 'selamat" Maksudnya, bukan kaki dadah,
pemabuk atau pemandu yang tiga suku. Jangan tengok air muka sahaja. Nampak
lemah lembut, manis tetapi perangai macam setan.
Penulis
tertanya-tanya apakah sebenar yang dikiaskan oleh rakan penulis itu. Lalu,
penulis meminta supaya dia berterus terang.
"Katakan kita ada dua bas ekpres yang
membawa penumpang dari Ipoh ke Putrajaya. Dan kita mesti pergi tanpa gagal.
Misalkan bas itu adalah parti politik yang bertanding dan pemandunya adalah
calon yang akan membawa kita ke sana. Kita akan melalui lebuh raya yang ganas
dan terpasang banyak kamera perangkap laju serta beberapa hal lagi. Dan, kita
adalah penumpang bertindak sebagai pengundi yang mesti memilih salah satu
daripada bas tersebut.
"Sebagai
pemilih, tentulah kita perlu memastikan bas yang dipilih bukan sahaja sekadar
cantik dan indah luar dan dalam tetapi juga kita perlu pastikan injin, tayar dan
breknya berkeadaan baik. Kita mungkin tidak begitu mahir tentang injin dan breknya,
namun sekurang-kurangnya kita boleh lihat keadaan tayarnya elok atau tidak.
Bunyi injin pun sudah boleh di agak status injin bas tersebut
"Demikian
juga pemandunya, kenalah lihat fizikalnya seperti matanya dan tingkah lakunya.
Sebab, telah banyak kita didedahkan beberapa kemalangan membabitkan bas ekspres
sehingga meragut banyak nyawa hilang akibat bas yang tidak diselenggara dengan
betul dan sikap pemandu yang huru hara selain dari penyalahgunaan dadah.
"Amatlah
malang jika ke Putrajaya pun tak sampai malah nyawa pula tergadai di lebuhraya
nanti.
"Bermakna,
selain parti calonnya juga amat penting. Bahkan, keselamatan sesebuah kenderaan
dan penumpangnya adalah bergantung kuat kepada pemandunya!", katanya menjelaskan maksud kiasan beliau tadi.
Lalu,
penulis bertanya bagaimana kalau kedua-dua bas dan pemandunya bermasalah?
Lantas dia menjawab: pilihlah pemandu (calon) yang terbaik sebab jika bas rosak
(parti bermasalah) di tengah jalan, dia tahu apa nak buat atas kapasiti
fikirannya yang waras. Dan, katanya lagi, kalau kedua-dua pemandunya memang
bermasalah, maka carilah kenderaan lain.
Maka,
fahamlah penulis akan kias rakan penulis itu. Sebenarnya dia mengulas kenyataan
Tun Mahathir dalam Berita TV jam 8.00 malam tadi dimana Tun mengingatkan rakyat
supaya tidak mementing siapa calon dalam PRU13 nanti sebaliknya memilih parti
Barisan Nasional (BN) kerana yang penting adalah kemenangan BN bukan calon demi
memastikan kesinambungan pemerintahan negara.
Ai
seh men....
Jagindas: Semakin
sukar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.