Rabu, 13 Mac 2013

DEMIKIAN KATA TUN MUSA HITAM....

TUN MUSA HITAM

Yang Bankrap Adalah Politik Perkauman Bukan Jika Pembangkang Memerintah

DIA pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dia juga pernah menjadi Menteri Dalam Negeri ketika zamannya. Peristiwa berdarah di Kampung Memali adalah di bawah pentadbirannya ketika itu. Dia juga pernah bernafsu menajdi Perdana Menteri tetapi telah 'dinafikan' cita-cita besarnya itu oleh Dr. Mahathir (Tun) sehinggalah dia terkeluar daripada kabinet. Namun, kerajaan tidaklah membuang dia begitu sahaja. Sebagai orang yang pernah berjasa kepada negara, dia tetap 'dihormati'.
             Pun begitu, sejak peristiwa menggecatkan cita-citanya itu, dia dilihat selalu sahaja bertentangan dengan Tun Mahathir hinggalah sekarang. Apapun dia sahaja yang lebih tahu!
            Dalam kata lain, dia memang berpengalaman dalam hal ehwal urusan negara. Sebab itu, apabila dia memberikan sebarang komen, terhadap apa-apa sahaja isu dalam negara - politik, ekonomi, sosial, kenyataannya itu harus diteliti dengan 'sempurna'. Sejak dia menjadi orang biasa kebanyakan akhbar arus perdana jarang sekali memetik kenyataannya.
            Beliau, tidak lain dan tidak bukan adalah Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pertama yang tidak kesampaian menjadi Perdana Menteri sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
            Berikut adalah komen-komennya yang terkini yang dipetik daripada akhbar Sinar Harian:





Jagindas: Itu pandangan Musa sebagai orang yang berpengalaman. Tetapi kepada semua rakyat Malaysia, penulis ingin menasihatkan: kalau pun kita tidak mampu membantu memperbaiki, janganlah pula bertindak tambah merosakannya lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.