Berikutan Kenyataannya Berbaur Hasutan
PENULIS terbaca
satu berita kecil di akhbar tempatan hari ini yang menyebut mungkin Naib
Pengerusi PKR, Tian Chua, akan didakwa di bawah akta hasutan di mahkamah hari
ini. Dakwan tersebut dibuat berikutan kenyataannya yang mengkaitan isu pencerobohan
bersenjata di Lahat Datu sebagai satu sandiwara Umno. Kenyataan sombong dan
biadapnya itu telah menimbulkan kemarahan banyak pihak dan berikutan itu beratus
laporan polis telah dibuat.
Penulis amat berharap pendakwaan ini
akan berlaku seperti juga yang diharap-harapkan oleh majoriti rakyat Malaysia.
Justeru, penulis amat berharap pihak yang bertanggungjawab menyediakan kertas
siasatan dan pendakwaan dengan penuh teliti serta menyediakan bukti-bukti kukuh terhadap
pendakwaan itu.
Sudah tentu, hati dan perasaan
rakyat yang terguris lebih-lebih lagi anggota keselamatan serta
keluarga-keluarga mereka mahu melihat Tian Chua dihukum atau menerima hukuman
yang setimpal berikitan penghinaannya itu.
Kita tidak mahu nanti, Tian Chua
terlepas begitu sahaja disebabkan masalah teknikal dalam pertuduhan itu nanti. Kata-kata
mahupun perbuatan menghasut sehingga boleh menimbulkan kemarahan ramai dan
boleh menyebabkan berlakunya huru hara dalam negara adalah satu perbuatan yang
'amat serius' dalam negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Sesunguhnya kebiadapan yang
dilakukan Tian Chua itu memang tidak boleh terhapus dengan permohonan maaf sahaja.
Jagindas: Siapa sahaja, orang
yang seperti Tian Chua ini wajar dihukum!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.