Kesian Najib, Penat
Sendirian...
RAMAI yang merungut-rungut tidak puas hati terhadap pemberian bantuan khas
KAR1SMA@Hati Rakyat berikutan berlaku yang patut dapat tidak dapat dan yang
sebaliknya pula yang dapat.
Kebanyakan golongan ini
adalah orang-orang tua dan janda-janda miskin yang tinggal bersendirian. Mereka
juga tidak mempunyai anak yang boleh membantu mereka atau kalau adapun mereka pun
tidak faham.
Tentunya, kerajaan
mengharapkan agen-agen masyarakat dan komunitilah yang mengembangkan maklumat
ini ke dasar.Namun ia itu tidak berlaku. Barangkali, kalaupun berlaku ia dikembangkan
kepada sanak saudara dan puak kaum kerabat sahaja.
Begitulah yang terjadi kepada biro-biro Umno sama ada di Bahagian mahupun di Cawangan-cawangan. Begitulah juga ketua-ketua kampung dan penghulu-penghulu menjalankan tugas mereka. Barangkali juga ketua kampung dan penghulu pun tidak faham apa dan bagaimana KAR1SMA@ Hati Rakyat diberikan. Maka, malanglah anak buah di kampung atau mukim itu kerana mendapat ketua kampung/ penghulu yang 'lambat siang'.
Begitulah yang terjadi kepada biro-biro Umno sama ada di Bahagian mahupun di Cawangan-cawangan. Begitulah juga ketua-ketua kampung dan penghulu-penghulu menjalankan tugas mereka. Barangkali juga ketua kampung dan penghulu pun tidak faham apa dan bagaimana KAR1SMA@ Hati Rakyat diberikan. Maka, malanglah anak buah di kampung atau mukim itu kerana mendapat ketua kampung/ penghulu yang 'lambat siang'.
Itu sebab, Bahagian, Mukim,
Cawangan dan Kampung mesti ada daftar
rekod status maklumat terkini anak-anak buah masing-masing. Ia adalah untuk
memudahkan kerja apabila berlaku kes-kes semacam ini.
Sekarang, bila timbul
rungut rangat tidak puas hati, nak pilihanraya pulak tu, tak kah haru dibuatnya
..? Itu sebab penulis kata, orang-orang Umno masih belum sedar dari tidur. Tak
tahu mana tugas politik yang mana pulak tugas masyarakat. Dan antara keduanya
bukankah saling berkepentingan. Ketua kampung / penghulu-penghulu dan
ketua-ketua cawangan pulak sibuk sangatkah mengurus projek hingga lupa anak
buah sendiri. Atau baca surat khabar dan dengar berita di TV satu haram pun tak
faham? Kalau begitu janganlah lambat siang nak jadi pemimpin!
Jagindas: Pelik juga pesara kerajaan dan mereka yang sudah dapatBR1M pun dapat juga baucer RM200 ...manakala ramai orang
tua yang susah di sana tertanya-tanya...
SEDIKIT INFO:
Baucer Khas Program KAR1SMA Hati Rakyat RM200 & RM300
Kriteria penerima adalah yang terdiri daripada mereka :
· Yang belum pernah menerima apa-apa bantuan dari Kerajaan,
· Mereka yang pernah memohon untuk mendapatkan bantuan namun permohonan ditolak atau masih dalam proses penerimaan
· Golongan miskin tegar.
Program khas ini akan dilaksanakan melalui pasukan bergerak yang terdiri dari pegawai-pegawai KPWKM bersama NGO Wanita dan persatuan-persatuan wanita seluruh negara.
KAR1SMA @Hati Rakyat ini akan menggunakan kaedah pemberian baucar bernilai RM200 bagi Semenanjung dan RM300 bagi Sabah dan Sarawak secara one off bagi penebusan barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur serta barangan khas seperti lampin, kerusi roda dan sebagainya dikedai-kedai terpilih seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.