Rabu, 20 Mac 2013

PROVOKASI LAMA DIULANG SEMULA

Yang di tengah tu nampak gebu subur macam pulau Mindanoa

Meraih Simpati Rakyat Sabah 

PERKHABARAN terbaru dari Filipina beberapa hari lalu menyebut bahawa Nur Misuari mendakwa Malaysia menjajah Sabah dan Sarawak di sini . Kenyataan ringkas tetapi cukup kurang ajar daripada Misuari itu mengingatkan penulis ketika zaman remaja dulu terhadap beberapa rakan sekolej dari Sabah dan Sarawak ketika itu kerap mengatakan orang Semenanjong sebagai penjajah yang menjajah kedua-dua negeri itu.
            Dan kononnya, mereka benci dengan orang Semenanjong. Mereka datang ke Semenanjong hanya kerana nak belajar, itu saja. Dan, kebanyak mereka yang belajar di Semenanjong pula adalah anak orang kaya-kaya dan dibiaya pula secara mewah oleh "Yayasan Sabah".
            Ketika itu, penulis tidak begitu ambil pusing sangat hal ehwal negara dan penulis juga anggap apa yang diucapkan rakan itu adalah sebagai 'duplicate' daripada apa yang dicakapkan orang dewasa di negeri itu kepada generasi mereka. Sedikitpun penulis tidak merasakan ia sesuatu yang serius. Apa lagi setelah berpuluh-puluh tahun berlalu Sabah dan Sarawak elok sahaja tenang dan aman damai dalam Malaysia. Sehinggalah tercetusnya pencerobohan bersenjata di Lahat Datu kira-kira 21 hari yang lalu....
            Barangkali juga kata-kata beracun itu timbul sejak tahun 1968 lagi apabila kerajan Filipina di bawah pimpinan Ferdinand Marcos cuba menawan Sabah dalam satu peristiwa di sebut sebagai Pembunuhan Jabidah.
            Nur Misuari yang suatu ketika dipandang tinggi oleh masyarakat Moro, akhirnya terketepi atas perbuatannya sendiri yang lebih mementing kepentingan diri sehingga gagal menyatukan puak-puak bertelagah antara Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinannnya sendiri dengan  Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia baru-baru ini.
            Seperti juga dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang di negara ini yang ketakutan jika dipinggir dan dilupakan, maka Misuari nampaknya belajar meniru rentak rakannya itu. Misuari akan bercakap apa sahaja yang bertentangan atau yang boleh mempengerahui khalayak biarpun amat sedikit kesannya. Dengan cara itu beliau merasakan bahawa Nur Misuari itu masih hidup dan segar bugar di persada politik antarabangsa.
            Sebelum ini, Misuari beria-ia benar menafikan pembabitkannya dalam kes pencerobohan Lahat Datu sebaliknya dengan tidak malunya beliau menawarkan diri untuk menjadi pendamai. Dia cuba meniru langkah Najib (Malaysia) mendamaikan  Bangsa Moro dengan menyimpan dendam kesumat menjadikan kebiadapan penceroboh kumpulan pengganas Kiram sebagai batu loncatan. Misuari bijak, tetapi pendek akal.
            Sama seperti rakannya itu, Misuari hari ini juga tidak lagi mengira erti kedamaian, pendamaian, persahabatan, kemerdekaan, persaudaraan. Yang penting baginya adalah sebuah hasrat telah terbantut disebabkan pendamaian Bangsa Moro dan dia perlu terus bangkit untuk mengulangi zaman-zaman gemilangnya ketika membesar di hutan Mindanoa beberapa dekad lalu.
            Dan, kita percaya bila timbul keadaan seperti ini tentulah ada yang menanam 'simpati' dan tangan-tangan ghaib barangkali sudah pun dikirimkan kepada Misuari. Macam rakannya juga!
            Justeru, jika rantau Asia ini mahu terus aman damai dan dihormati antarabangsa, maka orang-orang seperti Nur Misuari ini serta sekutu-sekutunya hendaklah 'dihapuskan' segera sampai tidak tertinggal sebiji benih pun.
            Filipina dan Malaysia hendaklah berkerja keras menyiapkan 'kekuda' masing-masing menenetang dakyah mereka ini. Orang-orang yang keciwa tentulah amat mudah bersatu dan berkerja sama bagi melihat sebuah keruntuhan asalkan mereka tetap bahgia, mewah dan ternama. Mereka senasib ini juga memang mudah 'diperkuda'.
            Catatan sejarah lampau sama ada dari dalam negara mahu pun sejarah di negara luar, banyak keruntuhan dan huru-hara yang berlaku dalam peradaban sejarah negera berkenaan dilakukan oleh persepaduan puak-puak yang keciwa meskipun pada dasarnya mereka itu bertentangan polisi dan matlamat.



Jagindas: Jangan terkejut kalau ada yang jemput Nur Misuari berceramah kempen PRU13 nanti, hahaha....tak mungkin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.