Gambar Hiasan: Sampai bila nak buang masa buat
kerja-kerja 'jaga orang'
|
Sentiasa 'Perhati' Semua
Pekerja Asing
PENULIS amat menyokong usaha berterusan pihak berkuasa membanteras
kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan pelancong yang menyalahgunakan
Pas Pelawat malah rakyat Malaysia seluruhnya juga wajar membantu tindakan
tersebut. Jangan sesekali ada pihak yang 'membela-bela' mereka ini.
Pengalaman kebanjiran
Pati di Sabah dan Sarawak sehingga memberikan sedikit kesukaran kepada anggota
keselamatan menjalankan tugas mereka menumpaskan penceroboh bersenjata di Lahat
Datu sewajarnya memberikan satu pengajaran yang amat serius.
Sejujurnya, memang rakyat
mahu tindakan ini dilakukan berterusan tanpa tarikh luputnya. Kehadiran mamat
Bangla, Myanmar, Vietnam, China, Gagak Hitam Afrika selain dari pendatang
popular dari Indonesia memang disedari telah banyak mendatangkan pelbagai
masalah kepada negara khususnya rakyat tempatan. Sama ada membabitkan masalah ekonomi
mahupun sosial.
Keadaan bertambah rumit
dan merimaskan apabila kalangan yang datang itu tanpa dokumen sah (Pati) dan mereka
yang menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka. Tepatlah seperti kata bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bahawa kewujudan merela yang
bertebaran di bumi Malaysia ini ibarat 'askar tersedia' yang akan berfungsi
bila-bila masa sahaja sebaik sahaja suisnya dipetik.
Benarlah seperti kata bekas Timbalan Panglima
Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid, dalam suara baculnya memperlekeh
anggota keselamatan negera bahawa baginya kes di Lahat Datu itu umpama 'kacang'
dimana Gahafir mampu dalam sehari sahaja menghapuskannya jika dia diberikan tugas
itu. Penulis tabik spring kepada Ghafir.
Memang betul. Itu jika tidak ada unsur-unsur seperti yang disebut tadi. Yang
jadi kelam kabut adalah kerana sukarnya untuk menelah yang mana satu musang dan
yang mana satu ayam. Dalam keadaan itulah kita terpaksa mengambil sedikit masa supaya
yang benar-benar musang dan musang berbulu ayam sahaja yang ditembak jangan
sampai ayam dikandang sendiri menjadi mangsa. Ada faham itu Ghafir?
Justeru, kita tidak boleh berlembut
lagi dalam soal-soal pendatang tanpa izin ini dan juga mereka yang
menyalahgunakan pas lawatan sosial. Ini termasuklah saudara-saudara kita yang
datang dari utara iaitu Thailand khususnya dari wilayah Patani yang datang ke
negara ini berniaga makanan masakan siam. Makanan yang masih tidak jemu-jemu orang Malaysia menghirup
kuahnya.
Sumber menyebut, di negara ini sekarang terdapat kira-kira 2
juta PATI berbanding anggota polis kita hanya ada 100,000 orang sahaja.
Berdasarkan angka itu tentulah negara ada data penempatan mereka. Jika PATI
mencari makan di sini, bermakna tentu ada taukeh yang menggunakan tenaganya. Tentu
ada orang yang 'melindungi' mereka. Salah tetap salah tidak kiralah apa
natijahnya dan siapa pelindung itu. Oleh itu, bungkuslah sekali dengan
taukeh-taukehnya atau pelindung mereka. Kalau alasannya sektor pertanian dan
lain-lain industeri akan terbantut sekali gus akan memberi masalah kepada
ekonomi negara disebabkan kekurang tenaga kerja luar, itu tidak boleh diterima.
Sebab, apakah kita mahu tunggu sampai jadi macam di Sabah?
Rata-rata mereka hanyalah
berdokumenkan pasport atau pas lawatan. Kalau kepada pendatang-pendatang negara
lain kita bertindak tegas mengapa tidak dengan golongan ini? Ada yang mendakwa,
jika mereka (peniaga makanan siam) tidak ada, bandar dan pinggir-pinggir bandar
akan sunyi sepi terutama pada waktu malam. Manakala, rata-rata pendudukan
tempatan pula sudah 'ketagihan' masakan Thai.
Justeru, terpulanglah kepada pihak
berkuasa. Logik dan relevan sangatkah alasan itu? Mengapa orang luar senang-senang
sepak terajang kita? Sebab sedari awal kita terlalu berlembut dan bertimbang
rasa tidak bertempat!
Begitu pun, 'orang luar'
yang masuk ke negara ibni secara sah dan melakukan kerja yang sah juga perlu 'diperhatikan'.
Mana tahu, dunia hari ini macam-macam boleh jadi. Apa lagi Malaysia memiliki
pengkhianat tegar dari dalam negaranya sendiri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.