Susahlah Jib... deme ni semua kena ajor baru tau nak buat kerja... |
Terima Madu Balas Racun
RUMAH sudah siap,
pahat berbunyi lagi. Inilah cerita yang penulis kutip di kedai kopi sebentar
tadi.
INI
lagi kasih boucer KAR1SMA@Hati Rakyat yang disifatkan penerimanya sebagai bagus
tetapi menyiksakan. Bukan mereka tidak bersyukur atau berterima kasih kepada
kerajaan tetapi karenah pengurusan menyebabkan program itu menyiksakan
penerima.
Memang,
dalam keadaan sekarang bukan sahaja setiap satu program itu dibuat 3 dalam satu
malah akalau ada 10 hal pun kita akan buat 10 dalam satu. Nak pilihanrayalah
katakan... Kalau nak tunggu masa kempen sebenar mungkin tak sempat. Maka,
apa-apa sahaja ruang yang membolehkan orang berkumpul masa itu kita akan balun (kempen) secukup-cukupnya.
Ini
kisah dimana penerima baucer RM200 untuk ditebus sebagai barangan keperluan
harian yang diterima oleh golongan tua dan tidak berdaya untuk bergerak. Konon ceritanya, orang-orang tua seperti ini
diberitahu mesti datang sendiri ke tempat pemberian dan kononnya juga mereka
juga mesti pergi sendiri ke kedai atau pasaraya terpilih untuk menebusnya.
Alahai...
kesiannya penulis melihatkan mereka itu. Mengeluh-ngeluh menahan kesakitan di
usung dan diheret hanya untuk mendapatkan baucer RM200 dan kemudian diseksa
sekali lagi ke kedai atau pasaraya terpilih untuk menebusnya. Bukannya dekat
malah kena keluar belanja lagi mengupah orang..Apa boleh buat...
Mak
aaiii... agak-agaklah akalau nak buat peraturan pun. Sebelum itu pula 'terpaksa'
mendengar celoteh wakil rakyat atau pegawai-pegawai tertentu. Kempen pun macam
tak kempen. Cakap merapu tak ada isi. Maklumlah bercakap dengan orang tua-tua
yang tak tau apa-apa... Kempenlah katakan... Sebenarnya mereka juga terpaksa
mengeluarkan sedikit wang tunai sebagai upah kepada orang yang membawa mereka
itu. Nak tak nak kenalah pergi juga walaupun tersiksa! Terima tapi mulut
menyumpah-nyumpah.
Pihak
pengurusan sepatutnya memudahkan proses pemberian itu kepada penerima yang tua
lagi uzur dan tiada orang harapan untuk membantu urus mereka. Inilah yang
penulis kata dalam tulisan sebelum ini bahawa orang kuat di Bahagian (Politik),
Mukim (penghulu), Cawangan (politik) dan Ketua Kampung tidak berkerja atau
tidak tahu buat kerja. Atau, mungkin juga kerja berkira sebab tak ada upah (nak
mintak segan pulak, nanti orang kata minta rasuah pulak). Orang sekarang kata
kerja 'kosong' tak ada yang masyuuuukk!
Kerajaan
(DS Najib) sudah lancar macam-macam. Tolonglah dia laksanakan dengan sempurna
tanpa berbunyi sebarang yang menyakitkan telinga. Kena guna banyak akallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.