Rapuhnya tahap kerahsiaan orang melayu |
Musa Tidak Maksud Sokong Pembang-kang?
ORANG TUA-TUA kata terlajak perahu
boleh diundurkan! Itu sebab sebelum berkata-kata fikirkan sebaik-baiknya ibarat
memanggang ikan. Dibalik-balik supaya tidak hangus sebelah.
Meskipun
Musa tidak berniat menyokong pembangkang (katakanlah begitu maksudnya) namun
keceluparannya ketika memberikan komen-komen terhadap pentadbiran negara dalam
satu majlis siri Bicara Minda baru-baru ini di
sini jelas mengiakan pendirian pembangkan bahawa jika parti itu memerintah negara tetap makmur tidak seperti yang didakwa oleh kerajaan. Dalam program ala-ala forum itu, antara lain Musa berpendirian bahawa
negara tidak akan bankrap jika parti pembangkang memerintah negara.
Tindakannya
itu dipercayai sebagai menyanggah pendapat dan pandangan beberapa tokoh politik
dan ekonomi negara yang berat berpendapat bahawa Malaysia akan menuju kehancuran
ekonomi atau bankrap jika rakyat membiarkan parti pembangkang di bawah pimpinan
DS Anwar Ibrahim, DS Hadi Awang dan Guan Eng memerintah negara.
Kata-kata
inti beliau itu telah menarik minat pembangkang lantas menjadikannya sebagai
azimat pelaris dalam menarik undi PRU13 ini disebabkan yang berkata itu adalah
bekas pemimpin negara yang terkenal sedikit masa dulu yang juga pernah memegang
jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Musa
yang gelisah dengan tindakan pembangkan itu akhir meminta pihak terbabit
menghentikan perbuatan itu menerusi poster-poster kempen mereka yang kononnya mendakwa
pandangan beliau itu tidaklah bermaksud menyokong parti pembangkan.
"Apa
ni Musa? Penyamun ketuk pintu rumah, anda benarkan masuk, dia curi dan samun
barang-barang dalam rumah, lepas tu anda buat laporan polis kata saya tidak
bermaksud nak suruh dia menyamun dan rompak rumah saya, sedangkan sebermulanya
anda telah kenal pasti itu adalah penyamun!"
Permainan
yang dibuat Musa ini pada penulis drama stereotaip lama dan penuh klise.
Luahkan dulu, kemudian nafikan tetapi yang penting mesej sudah sampai. Jadi
kepada mereka yang fanatik tetap memegangnya sebagai suatu fakta yang boleh
dipercayai berdasarkan kepada latar belakang dan sikap pengucapnya.
Jagindas: Musa
Hitam, perahu sudah terluncur, air sudah berkocak, ombaknya sudah menghempas
pantai. Tunjukan wajah mu yang sebenar. Mari kita terang-terangan berkempen
untuk BN...jangan kenyit-kenyi mata haaa..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.