Jumaat, 12 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (17) - NIK AZIZ SEMAKIN MENGARUT

SEKADAR HIASAN....

Dia Mendahului Kerja Tuhan

SEPERTI yang makmum sedia maklum, apabila Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) memutuskan sesuatu fatwa terhadap sesuatu isu baru atau kajian semula terhadap sesuatu isu berbangkit, maka ia adalah digunapakai sebagai ajaran yang sah dan mesti dipatuhi oleh setiap umat Islam yang akil baligh. Sekali gus ia bermakna, hanya faktwa daripada MFK sahaja yang wajib dan boleh diguna pakai. Yang lain daripada itu kena tolak ke tepi, mengarut bahkan membahayakan umat Islam!
                 Pandangan-pandangan atau pendapat-pendapat yang maksudnya condong kepada menjadikannya fatwa seperti orang Umno Kafir, Imam orang Umno tidak boleh dimakmumi, sembahyang orang Umno tidak dapat pahala, undi Pas masuk syurga, masjid orang Umno hanya untuk dapat kontrak dan banyak lagi yang mengarut-mengarut yang tidak mendapat 'cop sirim' daripada MFK tidak boleh diambilkira langsung. Ianya sesat lagi menyesatkan. Mengelirukan dan akhirnya boleh membawa kepada perpecahan kepada umat Islam itu sendiri.
            Namun, setakat ini orang yang mengeluarkan fatwa sesat itu masih selamat (di dunia Malaysia ini) kerana kerana dia/mereka masih belum digazetkan sebagai tuan guru ajaran sesat. Makna kata, si pemfawa songsang itu belum lagi disama tarafkan perbuatan dan amalannya itu dengan nama-nama pengajar songsang tersohor seperti Guru Yahya,  Ayah Pin dan beberapa yang lain lagi.
            Kelmarin, MFK telah selesai menghukum bahawa pengucapan tuan guru Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan Allah tidak memberi pahala kepada sembahyang orang Umno (barangkali hatta apa ibadat sekalipun) dan dakwaannya bahawa Umno menolak Islam dan Allah adalah sama sekali tidak betul dan tidak boleh diterima pakai. Malah, umat Islam diseru agar jangan langsung mempercayainya mahupun memuzakarahkan hal-hal berkaitannya kerana ia sama sekali menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
            Pun begitu, mereka yang tegar, fanatik dan taksub tetap mempercayainya dan tetap menjadi pengikut sejati biar apa sekalipun ulamat muktabar katakan mengenainya. Ini kerana, barangkalai seseorang yang merasai (atau perasan) dirinya terlalu hampir dengan Tuhan (Allah) sudah tentulah beranggpan bahawa dirinya itu lebih suci, fikirannya lebih bersih serta bernas, lidahnya lebih fasih dan apa sahaja pengucapannya bagaikan sudah tertapis oleh Allah swt - betul, sebetul betulnya; adalah benar tiada lain yang tidak benar melain benar belaka! Astaghfirrullah...
            Gejala ini sebenarnya sudah lama meresap dalam msyarakat Islam di negara ini bagai api dalam sekam. Namun, biasalah selagi kita boleh tahan kerajaan tidaklah sebegitu melulu bertindak kasar. Dengan kata lain, mereka sentiasa diberi peluang untuk taubat atau paling tidak sekurang-kurangnya membetulkan diri mereka serta 'menjajarkan semula' pemikiran masing-masing.
            Namun demikian, nampaknya semakin diberi peluang sebegitu mereka merasakan kebesaran diri sehingga beranggapan tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas mereka. Akibatnya, ia kini dilihat menjadi virus dan batu penghalang kepada pemakmuran negara sejagat. Golongan yang mendapat didikan agama sekadar setengah masak adalah yang paling mudah terkeliru yang akhirnya menemui jalan sesat.
            Salah seorang guru penulis yang juga seorang ahli tafsir memberitahu penulis bahawa soal pahala dan dosa adalah hak mutlak Allah. Kita sebagai umatnya disuruh belajar (berguru dengan guru yang 'sihat' akal dan nafsunya) serta melaksanakan apa yang disuruh-Nya dengan sekadar yang semampu-mampunya. Begitu juga katanya, soal-soal kata hati seseorang itu hanya Allah saja yang tahu. Meskipun malaikat diberi tugas untuk mengawasi manusia (misalnya sembahyang, puasa dan sebagainya) namun malaikat hanya melaporkan apa yang zahir disaksikannya manakala apa-apa yang berlaku dalam hati dan pemikiran manusia itu dia (malaikat) tidak tahu. Lalu Allah jualah yang akan memutuskan terhadap laporan yang dibuat oleh malaikat itu termasuk apa-apa nilai pahala atau dosa yang hendak diberikan kepada manusia itu biarpun para malaikatnya sudah mencadangkan nilainya. Dalam satu riwayat kata tuan guru itu:

            "Menyembah malaikat kehadrat Allah swt mengabarkan bahawa sipolan sudah menunaikan solat dan diberitahunya kepada Allah bahawa sipolann itu menunaikan solatnya dengan sempurna dari awal hingga akhir. Lalu malaikat mencadangkan Allah menerima penuh pahala kepada sipolan itu. Maka, berkata Allah kepada malaikat: Dia tidak layak diberikan pahala penuh. Maka bertanya malaikat dengan mengesahkan sipolan tadi mengerjakannya dengan sempurna. Berkata Allah kepada malaikat itu: tidakkah kamu tahu ketika bersembahyang tadi hati dan fikiran bercelaru memikirkan sesuatu? Lalu menjawab malaikat: Subhanallah, sesungguhnya Engkau (Allah) yang maha tahu akan segala hal-hal yang ghaib sedang kami hanya mampu menilai yang zahir semata"

Wallah Hu'allam. (Al-Fatihah buat Arwah Tuan Haji Muhammad Al-Patani, Pintu Gerbang, Bruas, Perak)

Jagindas: Malaikat yang lebih hampir dengan Allah pun hanya mencadang dan langsung tidak tahu kerja-kerja hati, tetapi Nik Aziz melampaui kehebatannya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.