Jumaat, 12 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (18) - MCA DAH MULA RAYU UNDI, UMNO, MIC BELUM

LEE CHEE LEONG .. Rayu Undi BN

Masih Tunggu Penamaan Calon

KETIKA sedang asyik bersarapan pagi bersama keluarga di sebuah warung pagi ini tiba-tiba penulis dikejutkan apabila bahu penulis ditepuk dari belakang dengan ucapan: "hallo, selamat pagi, saya Lee Chee Leong dan ini calon DUN kita Mr. Chan... Kami mohon saudara-saudara sokong dan undi Barisan Nasional (BN) nanti".
            "O.. Datuk Chee Leong. Selamat pagi. Jemput minum bersama. Nak tanya sikit Datuk, apa macam saya punya permohononan lesen senjata api? Sudah dua tahun, tiga kali rayuan. Semua surat ada salinan terus kepada you.." saya menyahut sapaannya.
            Dia nampak tergagap-gagap, lantas berkata dia akan cuba tengok kembali lalu terus mendapat orang ramai yang lain di seluruh pekan kecil itu bagi memulakan proses merayu undinya. Undi untuk BN meskipun belum tentu lagi dia dan sahabatnya menjadi calon, sebab Pengerusi BN belum mengumumkannya.
            Bukan lesen senjata api yang penulis hendak ceritakan di sini. Penulis pun faham memang prosedurnya ketat. Saja-saja mengusik musim-musim pilihanraya ini ... itu perkara biasa... hehehe..
            Yang penulis nak beritahu adalah petugas perayu undi dan kempen MCA sudah mula bergerak tanpa bertapakkan program atau majlis. Namun petugas dari kalangan UMNO masih belum ada apa-apa lagi. Berat kaki, berat perut, berat poket berat mulut.
            Ada katanya nak tunggu sehingga penamaan calon diumumkan barulah mereka nak bergerak. Maknanya, kalau orang lama tidak dicalonkan, maka barangkali dia tidaklah mahu penat-penat ke hulu kehilir merayu undi. Biarlah calon baru yang buat kerja lebih... Begitukah?
            Jadi, maknanya lu olang semua masih tidak faham apa itu prinsip dan konsep "Pentingkan Parti Bukan Calon". Sama ada terpilih semula atau tidak, anda semua mesti mulakanlah kerja untuk parti dari sekarang. Sekarang! Kita datang merapati pengundi pun bukan kata "undilah saya", kita cuma rayu agar mereka beri undi kepada BN. Berat sangatkah nak berjalan dan berkata: "Saya harap tuan-tuan tetap beri sokongan pada BN. Tuan-tuan jangan lupa pangkah BN nanti... Itu sahaja.


Jagindas: Orang UMNO bercita-cita nak menang tetapi bukan menang besar! Agaknya la.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.