Hadi...Akan sembahyang hajat |
Akan Sembahyang Hajat Atas Fitnah Itu
DATUK SRI HADI AWANG berkata beliau
akan sembahyang hajat sendirian dalam masa terdekat ini berikutan 'fitnah' pendedahan
video seks yang didakwa mirip wajah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali,
baru-baru ini.
Menyifatkan
perbuatan itu sebagai fitnah sekaligus menolak orang yang dalam video itu
adalah Mustafa, beliau mengutuk perbuatan tidak bermoral itu sebagai budaya politik
tidak sihat, kotor dan tidak ada dalam didikan Islam.
Agak
aneh apabila Hadi mengatakan beliau akan sembahyang hajat bersendirian tidak
seperti selalunya apabila Pas mengahadapi kes 'fitnah' seperti itu mereka akan
melakukan sembahyang hajat perdana malah adakalanya seluruh ahli Pas dikerah
berbuat demikian..
Jika
benarlah dakwaan Hadi bahawa semua itu adalah fitnah semata, penulis juga
brsetuju dengan pandangan Hadi dan hasrat untuk bermohon petunjuk dan bantguan Allah
menerusi sembahyang hajat. Semoga Allah memberikan hukuman yang setimpal kepada
mereka yang membuat fitnah sehingga sanggup mencari 'pelakon' yang ama semirip
dengan Mustafa Ali. Celaka betul orang itu!
Tetapi
pada masa sama Hadi turut menempelak perbuatan itu sebagai menceroboh hak
peribadi (privacy) seseorang. Timbul tanda tanya, apakah dihati kecil Hadi ada
mengatakan bahawa siwajah itu adalah Mustafa Ali?
Sembahyang
hajat bukan main-main perkara. Sudah banyak kali Pas bersembahyang hajat atas isu
'fitnah Umno' namun apa yang berlaku adalah semakin banyak pula
pendedahan-pendedahan yang pelik-pelik termasuk yang menggerak-gerakkan nafsu
shahwat terdedah. Hadi nampaknya begitu keras dan yakin wajah dalam video itu
bukan Mustafa Ali. Dengan sembahyang hajat itu diharapkan Allah akan membantu
Pas memutihkan segala keadaan yang semakin berkocak dan keruh.
Itu
dengan menganggap dan yakin bahawa Mustafa teraniaya dan dianiaya dengan
mengambil sempel wajah semirip beliau. Bagaimana pula jika sekiranya lelaki
dalam video itu adalah benar-benar Mustafa Ali seperti yang digembar gemburkan?
Apakah yang terjadi kepada hajat sebenar yang Hadi pohonkan ketika mentasdikkan
niat dan doa sempena sembahyang hajat itu?
Jika
begitujadinya, Mustafa segeralah memujuk Hadi supaya membatalkan sahaja niatnya
itu. Barangkali itulah sebabnya Hadi berkata 'dalam masa terdekat' tidak
terburu-buru. Barangkali Hadi masih perlu mendapatkan kepastian sejujurnya
daripada Mustafa sendiri. Sembang adik beradik. Maklum, sembahyang hajat bukan
perkara main-main!
Kalau
sebelum ini Karpal Singh pernah menyuarakan semoga Anwar segera bertaubat,
tidakkah Hadi atau sesiapa sahaja ulamak Pas seperti Harun Din, Nik Aziz dan
lain-lainnya berani meminta Mustafa supaya mengaku dan bertaubat
setaubat-taubatnya?
Penulis
teringat ketika video sex membabitkan Datuk Sri Chua Soi Lek (ketika itu beliau
Menteri Kesihatan), beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membuat
pengakuan seterusnya berundur sekejap bagi meredakan keadaan ketika itu. Gentleman! Memang Soi Lek gentlman! Jujur dan terus terang.
Sedangkan beliau bukan orang Islam. Malah beliau juga salah seorang daripada
orang bukan Islam yang menentang hukum hudud dilaksanakan di negara ini jika
Pas memerintah.
Tindakan
seperti Soi Lek ini bukan sahaja mengelakan pelbagai spekulasi dan polemik
bahkan paling berharga adalah pengakuannya itu menutup fitnah liar. Demikian
juga pengakuan terus terang dan tindakan meletakkan jawatan yang dilakukan oleh
seorang ahli politik di Singapura baru-baru ini dan beberapa negara lain.
Seperti
yang penulis tulis sebelum ini, apapun dalam kes ini hanya Mustafa Ali dan
Allah Taala sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku! Si perakam dan
kru-kru terbabit masih boleh dipertikaikan kredibilitinya!
Kepada
semua umat Islam, berhati-hatilah ketika berceluparan kerana akhir-akhir zaman
ini banyak perkara Allah Taala membayarnya secara tunai dalam keadaan kita masih
bernyawa dan merasai hebatnya aib dan derita sengsara! Itu sebabnya, Allah
Taala amat melarang umatnya berbuat fitnah sehingga diibaratkan-Nya pemfitnah
itu seperti memakan daging saudaranya sendiri. Demikian juga, Allah tidak suka
kepada mereka yang suka mengaibkan saudaranya sendiri...
Kalau
dilihat pada wajah yang terakam memang sahihlah orang itu Mustafa Ali. Namun,
siapakah yang paling berhak mengatakan memang benar dialah orangnya atau sebenarnya
wajah itu semirip Mustafa yang mengelirukan? Tidak ada sesiapa yang boleh
dipercayai kenyataannya melainkan orang yang dalam rakaman itu sahaja selain
Allah swt yang maha tahu akan segala yang tersembunyi dan hal-hal yang ghaib.
Justeru, peliharalah lidah kamu, jagalah hati kamu. Jagalah
lidah kamu, peliharalah hati kamu. Peliharalah lidah kamu, jagalah hati kamu. Banyak
kali Allah dan Nabi (saw) ingatkan hal ini...Mudah-mudahan Allah memelihara kita
semua.
Kerana
ada macam-macam yang mengelirukan dalam Pas da Pakatan Rakyat ketika ini, maka
untuk PRU kali ini eloklah pilih Barisan Nasional yang dilihat mengamalkan
kesederhanaannya dalam apa jua tindak tanduk..SEMOGA Allah memelihara BN dan
memberikan kemenangan besar kepadanya dalam PRU13 ini. Aminnnn..
Jagindas:
Dulu, nampak macam Anwar tetapi bukan Anwar sebenar, itu semua fitnah. Kini,
kelihatan macam Mustafa tetapi mustahil orang berilmu semacam Mustafa
melakukannya..Fitnah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.