Tapa Perlu Belajar Daripada Anwar
Antara pahlawan pejuang Pakatan Rakyat... |
SECARA TIBA-TIBA pula
cerita-cerita promosi pilihanraya jatuh ranking
walaupun kini masanya sedang hangat penuh bahang di mana-mana. Ini kerana,
cerita yang mengkaitkan video seks mirip wajah Datuk Mustafa Ali lebih mendapat
tempat di hati khalayak. Yang menggunakan media maya akan terus melayari di
mana saja tapak yang ada menceritakan hal tersebut.
Manakala
rakyat marhaen pula yang mengharap daripada paparan akhbar akan terus menjadi
penunggu setia akhbar-akhbar tempatan setiap pagi menjelang. Apapun ia bersifat
sementara...
"Mustafa Ali? Ye ke? Isyh..."
Itu yang pertama terpacul dari muncung khalayak tidak kira sama ada dia orang
Umno, Pas mahupun yang di atas pagar! Meskipun wajah pelaku yang melakukan hentakan
seks dalam video itu didakwa sekadar mirip wajah Mustafa Ali, namun sudah ada
suara-suara tekanan dalaman mahukan beliau meletakkan jawatan seterusnya
memerap di rumah bagi menjaga imej Pas kononnya. Apa lagi saat genting sekarang
menghadapi gelombang PRU13.
Menjadi
tanda tanya, jika benar ia sekadar wajah semirip rupa mengapa perlu Pas
ditakuti dengan bebayang. Tindakan Pas takut dengan bebayang Mustafa berkelakuan
tidak senonoh agak ganjil jika dibandingkan lantangnya suara Pas menidakkan
video seks yang dikata dilakukan seseorang yang wajahnya mirip Anwar Ibrahim. Sedangkan
dalam kes Mustafa Ali ini orang-orang Pas kerasnya ia hanyalah wajah semirip
Mustafa.
Mustafa
mahupun Pas sewajar belajar daripada rakan karibnya Anwar Ibrahim dalam isu
hal-hal mempertahan dirinya daripada dicerobohi. Setelah Tapa sendiri
menafikannya dan disokong pula kerabat-kerabatnya seperti DS Hadi Awang,
mangapa Tapa harus lari daripada 'fitnah' ini. Fitnah yang belum pun tahu siapa
yang mereka-ciptanya. Mungkin Umno, mungkin Pas sendiri atau mungkin juga
musuh-musuh Tapa yang kita sendiri tidak tahu siapa dia! Bak kata orang
politik, dalam mengharungi dunia politik ini jika kita ada 10 penyokong, pada
masa sama kita juga ada 10 penentang. Itula hakikatnya.
Agak
pelik juga apabila penyokong Pas tegar mahu Tapa berundur daripada gelanggang
Pas tetapi pada masa sama manafikan mereka percaya bahawa wajah dalam video itu
adalah Mustafa Ali. Dengan kata lain, tentulah mereka keras menyatakan
"mustahil Tapa melakukan perbuatan sekeji itu". Maklum, dia bukan
sahaja berada dalam Pas yang memperjuangkan Islam tetapi juga adalah dalam
senarai kepimpinan Pas tertinggi.
Cakap-cakap
di luar sudah liar membuat kesimpulan bahawa 'orang-orang' sebegini telah
menggunakan platform Pas bagi meraut kepercayaan khalayak bahawa mereka adalah
dalam golongan yang terhindar daripada dosa-dosa besar. Maka, dengan tiket itu mereka
bebas melakukan apa sahaja kerana yakin dan percaya apa pun fitnah yang melanda
pastinya orang-orang Pas tidak akan mempercayainya. "Fithah! Itu Fitnah! Fitnah semata-mata! Orang Umno memang busuk hati!"
Rasanya, sebelum inipun kata-kata itulah yang biasa kita dengar.
Atau,
apakah 'fitnah' ini adalah petunjuk dan balasan Allah secara tunai kepada
perbuatan Tapa yang lalu-lalu. Ketika sedang asyik berceluparan dulu, Tapa tiak
terkecuali menabur pelbagai fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan
khususnya Umno dan pemimpin tertinggi seperti Tun Mahathir, Tun Dollah dan
Datuk Seri Najib malah memfitnah negaranya sendiri tempat ia diahir dan
temuninya ditanam.
Kalau
ada persoalan mengatakan mengapa Mustafa Ali dan tidak yang lain, sedang
pemimpin Pas lain juga ada yang lebih dahsyat daripada itu mulut mereka?
Jawapannya, tunggulah. Tiba masanya nanti Allah akan berikan juga tetapi
mungkin dalam bentuk yang lain. Sabar. Bukankah Tuhan (Allah) itu maha bijaksana
lagi maha adil?
Justeru,
Mustafa dan kepimpinan Pas seharus bertenang dan tabah hati. Ketika
serangan-serangan fitnah melanda Umno, inilah azimat yang digunakan mereka
iaitu tenang, tabah dan berserah kepada Allah. Pas yang kononnya mendakwa lebih
rapat dengan Allah tentulah lebih mafhum terhadap hal-hal sebegini.
Malah,
jika Allah mengasihani Pas, dengan isu yang memalukan lagi mengaibkan ini,
barangkali dibukakan pintu hati pengundi-pengundi tegar dan atas pagar untuk
menyampaikan belas kasihan mereka terhadap fitnah tersebut dengan memberikan
undi kepada Pas.
Namun,
mungkin juga satu demi satu keluar daripada Pas kerana terasa tertipu dan
jijiknya melihatkan kelaku orang yang mereka anggap tulen Islamnya sbelum ini.
Apapun,
jangan bertindak melulu. Mahkamah belum memutuskannya lagi. Lambat lagi. Kes
Anwar pun belum selesai takkanlah nak diberi keutamaan pula kepada Tapa. Sabar!
Justeru,
untuk PRU kali ini berikan tumpuan kepada Barisan Nasional (BN) kerana ternyata
setakat ini ia bukan sahaja mampu berjanji tetapi juga menunaikannya dengan
ikhlas.
Jagindas: Hati-hati
banyak pelanduk dua serupa di Malaysia ini nanti kut salah terkam, terterkam pulak bini orang yang semirip benar
dengan bini sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.