Barangkali inilah masalah yang dihidapi
Mustafa Ali seperti yang dikatakan
Hadi Awang tu...
|
Mustafa Sembahyang Pun Duduk Di Kerusi...
TIDAK berapa lama
dulu, Presiden Pas, Datuk Abd Hadi Awang, pernah mengeluarkan fatwa bahawa
Islam membolehkan umatnya mendedahkan aib seseorang terutama individu yang
hendak dijadikan pemimpin. Keizinan itu adalah bagi memberi ruang kepada rakyat
memilih pemimpin yang benar-benar bersih dan suci di sisi Islam.
Kenyatannya ini berbeza dengan
dakwaannya terhadap kes video seks yang dikatakan mirip wajah Mustafa Ali yang
tersebar luas baru-baru ini. Dengan pendedahan video tersebut, Hadi bukan
sahaja keras menolak bahawa lelaki dalam video itu bukan Mustafa tetapi juga
mengutuk perbuatan itu sebagai permainan politik kotor dan tidak bermoral.
Penafian Hadi ini diperkuatkan bahawa kononnya Mustafa tidak mampu melakukan
aktiviti seumpama itu kerana beliau sakit lutut malah sembahyang pun duduk di
bangku. Bukan sekarang, sebelum ini pun Hadi mengutuk pendedahan video seks
yang membabitkan wajah semirip Anwar Ibrahim apabila parti Pas menjadi rakan
karib Pakatan Rakyat (PKR).
Jika Hadi amat yakin 'lelaki' dalam
video itu bukan Mustafa, apa perlunya Hadi mengkaitkannya dengan politik kotor
dan perbuatan tidak bermoral. Hadi sepatutnya bertenang sebalik mencabar orang
yang semirip Mustafa itu mengambil tindakan undang-undang. Dengan sendirinya
wajah Mustafa akan bersih sebersih bersihnya daripada rambut, misai, janggut
dan jambang. Demikian juga dengan penyokong tegar Pas, mengapa pula beria-ia
benar mengkaitkan isu video itu dengan imej dan maruah Pas? Apa sebenarnya yang
berlaku?
Berlainan pula dengan Timbalan
Presiden Pas, Datuk Dr. Harun Din yang tidak menolak bulat-bulat kemungkinan wajah
dalam video itu adalah Mustafa Ali. Justeru, beliau mahu lajnah tatatertib segera
membuat sisatan seterusnya menjatuhkan hukuman sewajarnya kepada Mustafa. Namun
sehingga hari ini, Nik Aziz masih belum memberikan komen panasnya. Barangkali,
isu video ini akan membuahkan satu lagi fatwa baru Nik Aziz. Kita tunggu...
Sementara itu, akar umbi Pas seluruh
negara terus mendesak supaya Mustafa Ali segera 'dihilangkan' daripada senarai
kepimpinan demi menjaga maruah dan integriti parti itu lebih-lebih lagi
waktu-waktu cemas menghadapi PRU13 ini.
Pada masa sama juga semakin ramai
golongan ulamak dalam Pas keluar daripada menyokong parti itu berikutan mereka
mendapati Pas ini sudah jauh menyimpang daripada landasan Islam sebenar. Selain
daripada Pas dilihat tidak begitu tegas terhadap isu penggunaan kata Allah oleh
penganut bukan Islam di negara ini, kenyataan-kenyataan melulu pemimpin mereka
juga turut menyebabkan mereka berasa sangsi dengan arah tuju kepimpinan parti
itu.
Justeru, sementara Pas, PKR dan DAP
masih bercelaru rakyat tidak perlullah membuang masa memikirkan masalah mereka
sehingga 20 April dan 5 Mei ini. Apa
yang perlu dibuat adalah berikan undi kepada BN untuk tempoh ini bagi memberi
peluang Pakatan Rakyat memperbetulkan masalah dalaman mereka sebelum
kitaberjumpa kembali pada 2018, InsayAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.