Selasa, 16 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (26) - NIK AZIZ MAHU AHLI TINGGALKAN PAS?


Supaya Alim Ulamak Dan Cendikiawan Islam Tinggalkan Pas

SEMAKIN  dekat dengan pilihanraya, macam-macam pula ragam Pas yang dapat kita ikuti dipaparkan media-media. Begitu juga dengan rakan kongsinya yang masih belum habis-habis (setakat hari ini) lagi memutuskan secara muktamat tentang agihan kerusi yang mereka hendak tandingi. Masing-masing bertegang leher. Maklum, kalau tidak dapat ke Putrajaya sekalipun, memegang jawatan Yang Berhormat (YB) tetap mendapat elaun dan pencen. Inilah yang penting.
            Di satu sudut di warung kedai kopi, penulis sempat menyaksikan beberapa pandangan dan komen khalayak terhadap kelaku-kalu yang dibuat oleh pemimpin tertinggi Pas. Ramai yang mengulas terhadap fatwa Nik Aziz (gambar)yang sejak akhir-akhir ini agak menggelikan tak kurang juga menakutkan. Bukan sahaja kepada orang Umno tetapi juga kalangan orang Pas sendiri dan golongan-golongan agama di negara ini turut risau dengan fatwa Nik Aziz.
              "Mungkinkah Nik Aziz sengaja berbuat demikian supaya orang-orang Pas bergerak meninggalkan Parti yang dirasakannya semakin merosakkan orang Melayu dan Islam?" Itu adalah adalah tanggapan yang bagi penulis agak kontroversi dan aneh sekali! Persoalan ini membuatkan penulis ingin mendekatinya dengan lebih dekat apakah maksud khalayak berkata begitu.
            Menurut mereka, sejak akhir-akhir ini Nik Aziz dilihat kesunyian. Dia semacam diketepikan oleh sahabat handainya dalam kepimpinan tertinggi meskipun dia bertaraf tok guru, ulamak yang kasyaf.
            Sidang Majlis Syura' baru-baru ini yang menyaksikan Nik Aziz beredar lebih awal meninggal majlis itu menjadi tanda tanya walaupun beliau memberikan alasan yang agak kukuh juga.
            Majlis itu yang pada walnya diharapkan oleh Nik Aziz akan mengenakan tekanan kepada Nasaruddin Mat Isa namun sebaliknya mesyuarat majlis syura' itu langsung tidak membincangkannya. Nik Aziz amat keciwa kerana sebelum itu beliau begitu marah terahadap Nasarudin kerana beliau turut serta dalam rombongan DS Najib ke Palestin baru-baru ini.
            Pada masa sama juga isu tuntutan menggunakan kata Allah oleh penganut agama lain yang menjadi tentangan hebat kalangan masyarakat Islam di negara ini tetapi tidak bagi Nik Aziz khususnya Pas turut menaikkan darah orang Pas sendiri. Langkah Nik Aziz memberikan beberapa dalil-dalil yang kononnya perkataan dan pengucapan kata Allah adalah menjadi hak semua manusia dan semua agama lagi menambahkan luka di kalangan umat Islam sejagat.
            Barangkali, sebelum mati, Nik Aziz tidak mahu ajarannya dijadikan azimat kekal sehingga kiamat. Nik Aziz tidak mampu menangung dan menjawabnya ketika di Padang Mahsyar nanti. Justeru, barangkali beliau sering berdoa agar orang-orang berilmu dalam Pas segera meninggalkan parti itu agar terlepaslah merka dari bala noda dan dosa yang dibina Pas. Tidak kiralah sama ada keluar dengan memasuki Umno atau pun tidak. Yang penting mereka tidak lagi dibelenggu Pas yang semakin jauh terpesong itu.
            Walaupun kelihatan Nik Aziz bersedih apabila semakin ramai cendikiawannya meninggalkan parti itu apalagi ulamak-ulamak pondok terus menempelak ucap kata dan tindakannya, namun barangkali jauh di sudut hati kecil Nik Aziz dia bersyukur kerana tindakannya itu sekali gus telah menyelamatkan ramai umat Islam daripada kesesatan terutama ulamak ulamak dan para cendikiawan yang dulunya pernah dalam pelukannya.
            Pastinya, Nik Aziz berharap mereka yang telah kembali kepangkuan ajaran Islam sebenar ini akan menarik semula semua ahli Pas untuk terus meninggalkan Pas dan sekali gus membiarkan Nik Aziz keseorangan membina taubatnya sendiri.. Dia berangkali lebih rela berbicara dengan Allahsendiri-sendiri.
            Beberapa keceluparan beliau dan anak buahnya sejak dulu hingga sekarang nampaknya bagaikan memasang perangkap sendiri. Ramai cendikiawan dalam Pas sudah mula sangsi malah Nik Aziz sendiri dapat rasakan yang beliau sudah banyak tersalah langkah. Pun begitu, tidaklah semudah itu untuk mengakui segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja dilakukan. Apa lagi untuk membetulkannya kerana mereka yang taksub sudahpun memegang amanat dan fatwa itu sebagai satu dasar Islam yang mesti diguna pakai.
            Jika begitulah natijahnya, maka umat Islam di negara ini wajarlah bersyukur kerana Nik Aziz telah bertindak mengembalikan mereka kepada kedudukan sepatutnya semula yang indah dan mulia. Pada masa sama, fenomena ini juga harus menjadi pengajaran kepada umat Melayu dan Islam seluruhnya lebih-lebih lagi Umno supaya menghayati, memahami dan menginsafi konsep dan prinsip wassatiyyah itu sebenar-benarnya.
            Apakah pula selepas ini? Sama-sama kita temukan. Apa pun semoga umat Islam di negara ini bersatu semula di bawah satu panji-panji yang benar-bernar melandaskan kehidupan secara Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan AL-HAdith.


Jagindas: Alangkah sedihnya kalau Karpal Singh yang meminta Nik Aziz supaya bertaubat seperti mana yang diucapkannya kepada Anwar Ibrahim suatu masa dulu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.