Sabtu, 20 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (32) - JIKA MEMANG BENAR ITU BUKAN MUSTAFA


Pas Tidak Perlu Bimbang Masalah Imej

PENULIS seboleh-bolehnya tidak mahu lagi membincangkan masalah isu video seks yang pelakunya dikatakan mirip wajah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Muak dah.. Tetapi secara kebetulan petang tadi penulis sempat berbual-bual dengan seorang kenalan yang menghadapi masalah kaki dan lutut selepas mengalami satu kemalangan setahun lalu. Namun setelah sihat doktor mengesahkan kecederaan kekal bahagian kaki dan lutu yang dialaminya itu tidak mengganggu aktiviti seksnya.
            Jadi, secara tiba-tiba penulis teringat dakwaan Presiden Pas, Datuk Hadi Awang, ketika menafikan Mustafa Ali sebagai pelaku dalam video seks itu berkata bahawa Mustafa tidak mampu 'melakukannya' kerana beliau sakit lutut. Dalam perkembangan sama pula Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby, memberi komen bahawa sakit lutut tiada kaitan dengan gangguan aktiviti seks lelaki.
               Lalu, penulis bertanya kepada rakan itu, bagaimana dia melepaskan 'hajat' dan menunaikan tanggungjawab batinnya. Menurutnya, dalam bab itu beliau 'menyerahkan kuasa' kepada pasangannya untuk berkerja menggantikannya! Fahamlah penulis sekali gus alasan Hadi itu memang tidak boleh diterima.
            Hadi yang terus keliru kemudiannya membuat kenyataan bahawa isu video seks yang pelakunya mirip wajah Mustafa itu sebagai perkara kecil. Dengan kenyataannya itu, maka timbul di benak batu jemala penulis beberapa persoalan, antaranya;

a) Jika benar itu bukannya Mustafa, mengapa harus Hadi berkata begitu? Bukankah lebih baik bertegas sahaja: itu bukan masalah Pas kerana pelaku itu saya sahkan bukan Mustafa!
b) Menurut Cikgu Non, pelaku dalam video itu memang sah Mustafa kerana sehingga hari ini Mustafa masih enggan membuat laporan polis terhadap fitnah itu dan menutup mulut apabila diajak bersumpah laknat. Tidak seperti Chua Soi Lek yang mendepani kemelut yang serupa itu penuh bertenggungjawab.
c) Katakanlah itu bukan Mustafa sekalipun, bagaimana pula seorang alim ulamak boleh menerima pelakuan zina seperti yang dilakukan oleh pelaku dalam video itu sebagai 'perkara kecil'. Apakah Pas merestui perbuatan itu atas dasar 'mengisi ruang yang kosong"? Apakah, dengan kenyataan itu, Pas tidak akan menguatkuasakan undang-undang berkaitan zina dan khalwat jika ia memerintah negara? Apakah jika Pas memerintah nanti (jika iizinkan Allah) akan bertaburanlah lesen-lesen pusat hiburan yang terang-terang memperniagakan tubuh wanita dan lelaki (gay) sebagai satu daripada sumber pendapatan negara dan usaha menarik pelabur dan pelancong asing? Fenomena ini membuatkan kisah-kisah romantis Mat Sabu, Ustaz Bad dan beberapa yang lain bermain semula diminda penulis.
d) Jika sebenar-benarnyalah itu bukan Mustafa Ali, mengapa mustafa dibekukan daripada bertanding dalam PRU13 ini? Imej apa yang hendak dijaga kalau itu memang benar bukan dia (mustafa)?
e) Ada orang lain yang membuat laporan polis dan mahu isu video itu disiasat segera. Relevenkah tindakan ini sedang yang 'terfitnah' tidak menunjukan minat ke arah itu? Akhirnya, semua pihak terpaksa menggunakan perkataan 'mirip' . Barangkali, apakah ini satu perangkap yang dibuat Mustafa supaya tiada pihak yang berani secara terang mengkait dirinya atau Mustafa menunggu 'pengendali rakaman' itu membuat pengakuan bertanggungjawab sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Eskay dan rakan-rakannya?
f) Mengapa sampai hari ini tiada pihak yang mahu bertanggungjawab bagi menyuraikan kemelut video itu seperti yang dilakukan oleh Datuk Eskay?
g) Video itu terus mengundang fitnah. Pas kata Umno buat, Umno nafikan sekeras-kerasnya. Beberapa pihak dalaman Pas pula tidak menafikan mungkin juga ia dilakukan oleh 'orang dalam'! Penulis percaya, jika Umno yang buat sudah pasti ada 'hero' yang tampil menyuraikannya. Jadi, Paskah? PKR kah? DAP kah? Atau, atau.....

            Justeru, orang awam khususnya Umno elakkan terbabit dengan isu fitnah memfitnah perihal video seks tersebut sepanjang kempen mahupin selepas selesai PRU. Dosa yang ada pun tidak tertanggung, janganlah pula menambahkannya lagi. Memang, sikap Mustafa Ali yang sebegitu sedikit sebanyak boleh 'menggalakkan' penularan fitnah demi fitnah.... Jadi, bilakah akan jumpa noktahnya?
            Pilihanraya sudah kian hampir. Kita perlukan sebuah kerajaan yang mantap. Kita perlukan pemimpin yang boleh membuat keputusan yang tepat dan releven dalam apa jua keadaan sekalipun. Nampak jelas sekarang dalam hal-hal yang sekecil itu pun, Pas, PKR dan DAP gagal membuat keputusan dan ulasan yang konkrit, bagaimana pula untuk mengahadapi dunia global?
            Makanya, tiadalah pilihan lain bagi rakyat Malaysia hari ini selain memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negara sampai bila-bila pun!


Jagindas:Seorang rakan penulis sering berkata,  kini semakin ramai orang berilmu yang tidak celik akal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.