Sabtu, 20 April 2013

SEMENTARA MENUNGGU PROSES PENAMAAN CALON SELESAI

Berkempenlah Dengan Susila Akal Budi..


SEMENTARA menunggu proses penamaan calon selesai di seluruh negara hari ini iaitu tepat pukul 10.00 pagi nanti, elok kita rihatkan sebentar minda. Mari kita lihat nanti apakah corak pertandingan kali ini. Selain satu lawan satu, tentu akan wujud pertandingan tiga penjuru. Namun yang hendak dilihat nanti adalah pertandingan pelbagai penjuru!
            Kadang-kadang keghairahan menyebabkan borang penamaan calon ditolak atas sebab-sebab teknikal yang tidak boleh dimaafkan. Amat kasihanlah jika ini berlaku. Ada yang gementar, sehingga tak jadi menghantar borang penamaan. Harap-harap jangan ada yang tawar menawar pulak...Kotor begitu..
            Dan, mulai dari saat sebaik sahaja pengesahan calon-calon yang bertanding diumumkan oleh pengerusi pilhanraya di kawasan masing-masing hinggalah ke tengah malam, sebelum jam 12.00 pada 4 Mei, 2013  seluruh negara akan diisi dengan ruang kempen dan kempen.
            Masing-masing mahu memenangi hati pengundi. Masing-masing berdoa semoga semua tangan yang mengundi tidak melihat yang lain selain parti mereka yang berkempen. Dan, bagi Barisan Nasional (BN) setulusnya bermohon agar pengundi-pengundi di PRU13 ini hanya memilih BN sebagai parti yang mampu mendirikan sebuah kerajaan yang berwibawa.
            Tentunya, kedai-kedai mamak, restoran-restoran dan gerai-gerai yang menyediakan masakan Siam akan meriah dan kelam kabut. Gunakanlah apa juga peruntukan pilihanraya daripada parti masing-masing dengan sejujur-jujurnya. Banyak mata yang memerhati kerja buat tuan-tuan dan banyak hati yang sedang berkata-kata sekarang. Semuanya itu memberi kesan untuk jangka pendek dan jangka panjang...Apapun, adalah dinasihatkan selepas habis berkempen jangan lah pula mengisi ruang-ruang kelab malam, pusat-pusat hiburan sama ada yang berniaga halal apatah lagi yang haram. Jangan 'take beer', kalau dah berong nanti habis semua rahsia terbarai...
            Yang berpenjuru-penjuru itu, nanti kita lihat apa sebenarnya yang berlaku. Apapun semoga semuanya berjalan dengan lancar dan aman sentosa.

Jagindas: Berkempenlah secara berhemah. Ingatlah bahawa apapun bila  selesai PRU nanti, yang menang tidak bererti menang keseluruhannya,  begitu juga yang kalah, tidaklah bermakna kalah semuanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.