Kamilia Keciwa Barang Tak Dapat Yang diPinta...
NAIB Ketua Wanita Umno, Datuk
Kamilia Ibrahim, mendakwa sebagai pemimpin tertinggi Wanita Umno, beliau
sewajarnya diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini
(PRU13). Namun, dakwanya lagi itu tidak berlaku sekali gus beliau merasakan
pergerakan wanita Umno itu semacam terhina atau dipertidakkan pengorbanan
mereka sehingga pucuk pimpinan parti melupakan erti sebuah 'pengiktirafan' baca di sini
Sebelum
itu, bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Sharif Omar, juga telah
meluahkan kekeciwaanya. Sharif, rupaya selama ini perasan jawatan wakil rakyat
yang disandangnya dulu dipinjamkan sekejap kepada Timbalan Menteri Kewangan,
Mohamed Nor. Rupa-rupanya "pinjam kayu ara...". Keciwa benar
nampaknya dia!
Semalam pula, Persiden Parti, DS Najib Razak, ketika mengulas memaklumkan Kamilia sebenarnya menolak tawaran bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dengan dijanjikan jawatan exco jika BN menang. Tetapi malangnya, Kamilia menolak tawaran itu. Sebagai Presiden parti, Najib tidak boleh berbuat apa-apa kerana pertama itu keputusan parti dan itu jugalah pilihan tuan punya diri (Kamilia).
Semalam pula, Persiden Parti, DS Najib Razak, ketika mengulas memaklumkan Kamilia sebenarnya menolak tawaran bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dengan dijanjikan jawatan exco jika BN menang. Tetapi malangnya, Kamilia menolak tawaran itu. Sebagai Presiden parti, Najib tidak boleh berbuat apa-apa kerana pertama itu keputusan parti dan itu jugalah pilihan tuan punya diri (Kamilia).
Dan
keduanya, sejak awal-awal lagi parti telah meuar-uarkan supaya ahli menerima
apa sahaja keputusan yang dibuat parti kerana PRU kali ini adalah amat getir
demi untuk kesinambungan politik BN dan Umno. Tentulah ada banyak yang
tersirat. Namun begitu, walaupun Kamilia seorang peguam dan sudah lama terjebak
dalam politik tanah air tetapi beliau masih kurang memahami kehendak, matlamat
dan perjuangan parti. Kamilia, masih mementingkan diri tetapi berselindung di
sebalik penyokong tegar, kononnya.
Wanita
Umno nampak tenang, apalagi bila mereka membariskan senyuman yang manis-manis.
Padahal tidak boleh dinafikan mereka sebenarnya terbahagi kepada kem Kamilia
dan Kem Sharizat. Sebelum inipun Kamilia selalu sahaja tersasul menentang arus
tetapi atas kebijaksanaa cepat-cepat keadaan diputihkan.
Sebagai
orang nombor dua dalam pergerakannya itu, barangkali hasrat utama Kamilai
adalah untuk bertanding di parlimen. Namun, penulis fikir, beliau tetap juga
akan mengeluarkan suara sumbang jika menang di parlimen tetapi tidak dilantik
sebagai menteri. Daripada kocak-kocak air mukanya sudah lama Kamilia
mengidamkan jawatan itu. Sebab itu, turunnya Shahrizat dari takhta menteri disebabkan
isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC)
baru-baru ini ia berita mengembirakan bagi Kamilia.
Apabila
dalam kenyatannya Kamilia menafikan sebarang tawaran bertanding, itu sudah
cukup menggambarkan peribadi beliau sebagai wanita yang tamak, angkuh dan ego
sehingga melupakan kehendak Allah swt. Justeru, bertepatan benarlah beliau
tidak ditawarkan sebagai calon parlimen Kuala Kangsar dan bertuahlah Perak
kerana beliau menolak tawaran calon di DUN Bukit Chandan.
Justeru,
tidak hairanlah Kamilia melontarkan suara-suara rajuk yang kalau beliau sendiri
tidak mengawalnya boleh memberikan kesan buruk kepada dirinya (masa depan
politiknya) dan parti amnya.
Kamilia
dan Sharif Omar adalah sekadar satu contoh yang nyata kerana suaranya sdah
terpapar di dada akhbar dan media. Sebenarnya, jauh di hujung sana suara yang
sama sedang melalak. Ada yang kata calon tak kena, ada yang kata kuda tua, ada yang
kata Menteri Besar tak dengar kata dan macam-macam 'kata' lagi yang tidaklarat
untuk didengar. Habis hilang semua slogan "Undilah Parti Tanpa mengira
siapa Calonnya".
Agak
sadis juga bila ditanya mengapa sampai sekarang calon dan petugas Umno masih
belum merapati pengundi, maka jawapan yang diterima ke mana sahaja mereka pergi
pengundi menjuehkan bibir! Benarkah begitu sekali?
Dengan
timbulnya dengusan suara-suara keciwa di sana sini ketika ini, semakin
nyaringlah pula serkahan jawatankuasa disiplin parti yang khuatir akan
berlakunya pensabotajan. Yang jelas, perbuatan sabotaj mungkin tidak akan
berlaku secara terang tetapi yang paling bahaya adalah tindakan 'pembunuh
senyap'. Inilah juga yang pernah berlaku dalam PRU12 lalu.
Laporan
akhbar kata pihak lawan juga (Pakatan Rakyat) mungkin menghadapi pensabotajan
berikutan masalah yang sama - pertikaian terhadap penenetapan calon dan kawasan
bertanding serta masalah perebutan bilangan kerusi.
Tentunya,
BN mengharapkan ini berlaku kerana sabotaj itu sama ada merosakan kertas undi,
tidak mengundi atau memberi undi kepada BN ia sedikit sebanyak memberi kredit
kepada BN.
Namun,
pada masa sama Pakatan Rakayat (PR) juga mengharapkan peristiwa yang sama
berlaku dalam BN untuk memberi kredit kepada PR. Kalau begitu, jika kedua-dua
pihak mengalami masalah yang sama, maka PRU kali ini memang benar-benar macam
tarik tali. Harap-harap tali tidak putus. Amat merbahaya kalau berlaku begitu!
Untuk
kali ini dan demi kesinambungan Umno dan BN akan datang, berilah
sebanyak-banyaknya undi kepada BN pada 30 April dan 5 Mei ini.
Jagindas: Releks
la beb, semuanya digerakkan oleh Allah swt. Kalau nak 'mengamuk' pun tunggulah selepas pilihanraya nanti..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.