Rabu, 8 Mei 2013

Apabila Cina Sokong Dasar DAP


Renungkanlah....

RASISKAH KALAU MEMINTA MELAYU BERSATU?

APABILA majoriti kaum cina dikatakan tidak lagi menerima BN sebagai wadah politik mereka dan dengan gaya kempen yang menjijikkan, maka ramailah yang bangkit menuding bahawasanya DAP telah menjalankan kempen berbaur hasutan dan cauvenis supaya orang-orang cina membenci BN sebaliknya mendambakan bahawa DAP sahajalah yang benar-benar mampu berkhidmat untuk orang cina. Seterusnya, langkah itu bagi DAP mampu menumbangkan serta melenyapkan kuasa dan hak-hak orang Melayu di tanah air ini di mana mereka dahulunya hanyalah sebagai perantau.
            Hasilnya, PRU13 baru-baru ini menyaksikan hampir keseluruhan kawasan-kawasan yang ramai kaum cina khususnya di bandar-bandar telah dimonopoli oleh DAP. Lalu, kitapun mahu tidak mahu terpaksa juga bercakap tentang politik perkauman. Begitu mudahnya menyemai politik ini dikalangan orang-orang cina hanya dengan mengajar mereka melupakan segala budi dan jasa serta nikmat yang mereka rasai dari dulu hingga sekarang.
                 Terhantuk dengan peristiwa itu, kalangan cerdik pandai Melayu pun turut menyeru agar semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu bagi memastikan hasrat DAP itu tidak tercapai. Bermakna, orang Melayu yang benar-benar menginsafi Melayunya tidak rela hak-hak dan kedudukan mereka diganggu gugat.
            Sebagai parti Melayu yang terbesar dan masih unggul, Umno menyeru supaya Pas menyatu dengan Umno dengan satu tekad demi memperteguhkan kedudukan orang Melayu serta terus memastikan martabat  agama Islam terus terjamin dan dipertingkatkan. Barangkali, buat sementara waktu Pas tidak perlu menyertai BN tetapi amatlah wajar sekarang Pas keluar daripada Pakatan Rakyat dengan melupakan sebentar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan bertakhta di Putrajaya.
            Rentetan itu, sedar atau tidak sedar, orang Melayu juga terus terseret menyuarakan politik perkauman apabila semakin menyangsi sokongan daripada orang-orang cina atau mana-mana kaum yang sah sebagai rakyat di negara ini. Akhbar-akhbar dan media-media sosial juga sudah tidak mampu lagi menahan 'hormat dan simpati' lalu terus saja menerjah memperkatakan kejelikan perangai dan sikap kaum cina berdasarkan PRU13  itu.
            Wajarkah perbuatan pelajar-pelajar keturunan cina Malaysia di luar negara, konon berkabung sambil menterbalikkan bendera Malaysia? Apa sebenar yang orang cina mahu perbuat terhadap negara ini? Yang di luar sana, tidak terfikirkah kesan besarnya terhadap negara dan orang Melayu hasil daripada perbuatan itu? Biadap, kurang ajar dan semakin jelas chauvenisnya! B**i.  Bukan mereka terbalikkan bendera Umno atau BN tetapi JALUR GEMILANG! Di dada bendera itu terpapar jelas simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Lihatlah dengan mata hati apabila bendera Jalur Gemilang itu dengan sengaja dan dengan niat busuk diterbalikkan oleh anak-anak Malaysia yang bukan Melayu ini.!!??
            Ada orang (bekas menteri - melayu) mendakwa kononnya keputusan pilihanraya tersebut membuktikan bahawa tahap demokrasi di negara subur dan relevan. Penulis sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana maksud demokrasi subur adalah demokrasi yang dilaksanakan dengan adil dengan menghormati semua kaum, agama dan budaya.
            Tetapi apa yang berlaku kemeriahan kemenangan DAP adalah melalui 'hasutan' di mana pengundi dengan niat untuk menghapuskan kuasa Melayu sekali gus meletakkan Melayu itu dilantai yang paling bawah. Manakala, dalam menyampaikan rasa tidak puas hatinya terhadap PRU13, parti itu juga sanggup meraih sokongan daripada anak-anak cina di luar negara sehingga tergamak menterbalikkan bendera Malaysia.
            Barangkali, mulai saat ini akan bermulalah secara terang dan jelas irama politik perkauman di negara ini JIKA tidak dikawal rapi. Dan, jika ia benar-benar berlaku amatlah malang bagi sebuah negara yang comel ini kerana politik sedemikian itu tidak ubah seperti kanak-kanak bermain dengan api. Itukah yang diimpikan sangat oleh rakyat di negara ini? Atau, masih ramai lagikah yang tidak dapat melihat masa depan yang kelam itu?
            Bagi MCA dan Gerakan hanya dengan membubarkan parti maka berenang-renanglah mereka ke pelabuhan DAP - menyatu, bersatu sebagai satu bangsa yang kuat ekonomi dan fahaman kecinaannya.
            Sampai masanya, kita juga tidak mampu mempertahankan Sabah dan Sawarak apabila orang-orang cina kembang membiak di negeri-negeri tersebut. Malah, pembiakan mereka juga sebenarnya dibantu dan digalakkan oleh kerajaan apabila apa sahaja pembangunan yang dibuat nanti semuanya akan menjadi milik kaum berkenaan seperti apa yang berlaku di tanah semenanjong dan beberapa bandar baru di Sabah dan Sarawak sekarang.
            Risau dengan perkembangan yang semakin panas itu, kerajaan menasihatkan semua pihak terutama media sosial supaya tidak memainkan isu itu demi menjaga keharmonian kaum dan kesejahteraan negara. Terimalah seadanya keputusan PRU dengan hati terbuka. Segala-galanya telah dilaksanakan dengan telus dan kemas.
            Bolehkah kita mengawalnya? Tentu boleh jika semua rakyat Malaysia berpegang teguh kepada saling hormat menghormati.


Jagindas: Tazkirahlah anak-anak setiap detik macam mana depa buat tu...janganlah asyik berpolitik di luar saja yop! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.