Selasa, 7 Mei 2013

APAKAH RONA LANGKAH SETERUSNYA..??

Layu ditangkai bermadu...

Terus-Terusankah Menyediakan Tapak Untuk Mereka?

SETAKAT hari ini, Lim Kit Siang kata, Pakatan Rakyat (PR) merestui DS Anwar Ibrahim menerajui barisan pembangkang di dewan rakyat meskipun DAP mendepani jumlah kerusi berbanding Pas dan PKR (Kerusi Parlimen: BN 133 PAS 21 PKR 28 DAP 38). Lemah lembut serta penuh sopan santun.
            Dengan kelembutan Kit Siang itu, pastinya leburlah nyawa orang Melayu yang menyokong PR kononnya DAP memang menghormati orang Malayu. DAP bukan tamak kuasa macam Umno! DAP hanya menuntut keadilan! DAP tidak memilih warna kulit dan agama! Maka, akan bertambah-tambah lagilah kepercayaan orang Melayu terhadap PR khususnya DAP.
               Jika perangkap halus ini berjalan dengan lancar dimana Pas juga turut terlentok dengan kehemahan pekerti DAP itu, maka pada masa akan datang tidak mustahil akan bertambah-tambahlah lagi kerusi DAP dan jumlah orang Melayu yang menjunjung bendera berlambangkan roket merah itu yang amat serasi dikaitkan dengan parti penuh perkauman dan berfahaman komunis.
            Prestasi PKR dan PAS yang dilihat sedikit menurun dalam PRU13 tadi, tentunya membuka ruang kepada DAP untuk membuat 'demand' lebih banyak kerusi untuk ditandinginya pada masa akan datang khususnya pada PRU14 nanti.
            Suara Presiden MCA, DS Chua Soi Lek, yang bertegas bahawa wakil rakyat MCA yang menang tidak akan menganggotai kabinet menambah lega kepada DAP apabila dialah satu-satunya nanti menjadi pejuang bangsa cina di Malaysia ini. Akan tenggelam ke dasar hamparlah apa sahaja yang diperlakukan oleh BN nanti untuk masyarakat itu kerana pastinya DAP dengan mudah memanipulasinya untuk menarik lebih ramai kaum cina menyokong DAP kalau tidak pun mereka mengangotai parti itu.
            Kekecewaan MCA sehingga meruntunnya 'malu' menyertai kabinet sudah lama diidamkan-idamkan DAP. Bagi DAP, setiap satu kredit kelemahan MCA dicatatkan, ibarat akan bertambahlah 10 kredit untuk mata kekuatan DAP. Pada masa sama, Pas dan PKR akan terus dipergunakan bagi meraih dan meracun pemikiran orang Melayu khususnya generasi muda. Generasi muda hari ini amat berguna untuk PRU14 dan seterusnya dalam usaha PR khususnya DAP melemah seterusnya merampas kuasa Melayu memerintah negara ini.
            Contoh sudah berada di depan mata. Rata-rata kemenangan calon DAP kali ini dengan majoriti yang mengujakan adalah berikutan dengan sokongan golongan orang muda dan sedikit 'khianat' dari kalangan orang dewasa BN sendiri.
            Kalau pada PRU12 cuma beberatus orang sahaja orang muda yang balik ke kampung untuk mengundi, tetapi kali ini boleh dikatakan 100% pengundi yang tinggal di luar kawasan mengundi pulang ke kawasan mengundi masing-masing dengan satu tekad, satu hasrat dan satu azam iaitu memberi undi kepada DAP. Memastikan DAP atau konconya menang megah! Tahu-tahu berpuuh buah bas disediakan untuk membawa pergi dan balik pengundi-pengundi tersebut.
            Demikian juga bagi kawasan Melayu di mana BN (melayu) bertanding dengan melayu dari parti lain, kekuatan orang mudalah juga yang menasib-baikkan mereka memenangi PRU kali ini.
            Sudah tidak dapat hendak di tutup lagi, rata-rata secara terbuka banyak pihak menyuarakan PRU kali ini mengarah kepada kempen yang penuh dengan cita rasa perkauman. Kata inti seperti,  "cina untuk cina, cina untuk PR atau cina terima siapa saja asal bukan BN", barangkali menjadi serapah yang paling mujarab. Strategi DAP menyerang semua kawasan berpendudukan majoriti cina amat berbaloi sehingga ia sama sekali membungkamkan MCA , Gerakan dan MIC.
            Antara kalimat kuasa yang digunakan oleh pengempen cina adalah berselindung di sebalik falsafah 'cuba dulu untuk sepenggal, jika gagal kembali kepada BN'. Namun di sebalik kata-kata itu nilai dalamannya adalah penuh dengan mencemburui hak-hak orang melayu. Sebelum berkuasa pun satu satu sudah dilonggarkan, apatah pula kalau berkuasa sepenuhnya!
            Mereka mahu hak sama-rata dan merit sebagai kayu pengukur untuk apa sahaja bidang. Kerana mereka tahu, itulah satu-satunya cara paling halus untuk melemah dan menyungkurkan Melayu ke bumi bertuah ini. Mereka tidak mengendahkan isu-isu agama asalkan bukan Islam - rela terima apa sahaja agama atau tidak beragama atau berkelakuan songsang asalkan tidak memperjuangkan Islam.
            Justeru, adalah dilihat daripada sinario PRU13 ini ia memberi gambaran bahawa apa-apa pembangunan yang dibuat oleh kerajaan BN seperti kawasan penempatan, perniagaan dan perindusterian baru adalah juga seperti menyediakan tapak baru untuk DAP berkembang kerana di situ pada adatnya akan dipenuhi dengan orang-orang atau peniaga-peniaga serta pedagang-pedagang cina.
            DS Ali Rustam (bekas KM Melaka) ada sebab untuk mengungkit sikap tidak mengenang budi pengundi Cina di situ sehingga menyebabkan dia tersungkur. Padahal, siapalah sangat si Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR).... Dipercayai, orang cina tidak memandang Shamsul sebagai pemimpin tetapi menerimanya sebagai jongos suruhan DAP.
            Sekiranya semangat perkauman ini tidak dipulih-selia, akhirnya BN akan terus terperangkap dan barangkali dalam tempoh 30 tahun akan datang Umno atau BN hanya akan menjadi parti picisan. Dan, tidaklah dapat dibayangkan bagaimana nasib anak cucu cicit kita ketika itu. Benarlah kata Hang Tuah, tidak akan Melayu hilang di dunia tetapi hanya sekadar mempamer wajah bahawa kaum itu suatu ketika dulu pernah gah di tanah merdeka ini!
            Alangkan tali di tangan jala ditebar tak cukup kembang, inikan pula jala dan jaring di tangan orang lain.



Jagindas: Kita sudah berjanji untuk tunaikan janji kita....Sekali lagi, kita memberi orang merasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.