Jumaat, 10 Mei 2013

MADU YANG DIBERI TUBA BALASANNYA!

(untuk dengar klik di sini)

Kalaulah Sejak Lahirnya Ku Tahu Begini...

UNTUK tatapan kali ini, penulis salin dan tampal catatan penulis bebas, Kasim Ahmad, dalam blognya. Sila baca:


PRU13: MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN



PILIHANRAYA UMUM KE-13:
MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN

Oleh: Kassim Ahmad
6 Mei, 2013

1.      Kesan Pertama: Rasisme Kaum Pendatang
            Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), dilawan dengan sengit antara gabung parti BN dan gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) telah datang dan pergi. Anwar Ibrahim, ketua PR, begitu yakin beliau akan menang dan mengambil-alih Putrajaya, dengan mimpinya mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung sekali!  Setelah tengah malam 6 Mei, mimpin ini hancur berkecai: BN telah menang dengan majoriti mudah. Semalam yang indah, kerana Najib, ketua BN, telah bekerja kuat sekali dan layak diberi mandat baru oleh rakyat Malaysia. Persis itulah yang mereka lakukan. Tahniah kepada rakyat Malaysia!
            Najib dalam ucapan kemenangannya merujuk kepada aliran pengundian perkauman dalam masyarakat Cina. “Ini memerlukan usaha penyatuan nasional,” kata beliau, dengan wajah muram dan sedih.
2.      Latarbelakang Sejarah Malaysia
            Untuk betul-betul memahami perisitiwa ini, kita harus mengesan kembali sejarah Malaysia.  Malaysia, sebuah negara-bangsa baru majmuk pelbagai kaum, berasal dari Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 dengan kedudukan berdaulat  raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama negara.
 Empayar Melayu ini sebagian daripada Dunia Melayu yang terdiri dari Persekutan Tanah Melayu, Indonesia, Pattani dan Brunai. Penajahan Barat (Pertugis, Belanda dan Inggeris)  dan penjajahan Timur  (Thai dan Jepun) memecah dan memisahkan Dunia Melayu ini selama 446 tahun sehingga zaman kemerdekaan memecah tembok penjajahan itu.
            Hakikat ini tidak difahami oleh masyarakat-masyarakat pendatang (Cina dan India) yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk mengerjakan ekonomi kolonial mereka. Pada hari kemerdekaan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu dengan murah hati telah bersetuju untuk memberi kerakyatan kepada 1 juta orang Cina dan India pendatang ini – satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa lain di dunia.  Sebagai balasan kepada kemurahan hati orang Melayu ini, dibuat satu kontrak sosial di antara kaum anak watan dan kaum pendatang – kerakyatan automatik diberi kepada kaum pendatang dan apa yang dikatakan “hak-hak isimewa” diberi kepada anak watan. Hak istimewa ini sebenarnya hak yang sah orang Melayu, bukan “hak istimewa”. Istilah “hak istimewa” tidak tepat sama sekali dan telah membawa kepada rasisme kaum pendatang Cina yang kelihatan jelas dalam pilihanraya umum ini.
3.      Kemurahan Orang Melayu
            Tidak syak lagi, kebenaran tulisan seorang pengarang Perancis, “The Malays are the gentlemen of the East.” Mereka satu bangsa yang tinggi budinya, senantiasa bermurah hati kepada tetamu. Tetapi, di sebalik sifat murah hati itu, terselindung sifat bengis dan ganas apabila mereka tersepit -- amuk. Amukan orang Melayu kelihatan dalam peristiwa-peristiwa sejarah – amukan Hang Jebat di kota Melaka dalam abad ke-15, amukan orang Melayu dalam peristiwa berdarah Mei 13, dan amukan rakyat Indonesia terhadap Parti Komunis Indonesia dalam peristiwa Gestapu, 1965-66 apabila hampir sejuta orang terkorban.
            Tidak syak lagi, orang Melayu akan terus menghormati perjanjian mereka dengan kaum-kaum pendatang. Namun demikian, penghormatan ini tergantung kepada sikap kaum pendatang membalas budi itu. Jika mereka lupa, malah mahu memberontak dan mengasingkan diri, orang Melayu pasti akan bertindak balas. Kita mengatakan ini bukan untuk  menakut-nakutkan kaum pendatang. Orang Melayu mahu berbudi terus kepada kaum pendatang,  walaupun mereka telah lupa untuk mengenang budi. Sifat inilah yang menyebabkan Najib menyarankan penyatuan nasional.
4.      Orang Muda Kena Belajar Dari Orang Tua
            Sesetengah rakyat kita, yang begitu taksub kepada media sosial, berkata, “Kita kena ambil hati orang muda,” seolah-olah orang muda  ada hak istimewa dalam masyarakat kita. Tua dan muda ada hak yang sama. Tentulah yang tua bertanggung-jawab mendidik yang muda, dan yang muda bertanggungjawab belajar dari yang tua. Ini sunnatullah, natural law, dalam bahasa Inggeris. Namun demikian, yang tua semestilah menunjukkan belas-kasihan kepada yang muda, kerana mereka memerlukan tunjuk-ajar, supaya yang muda jangan jadi kurang ajar!
            Seperti yang kita semau tahu, Malaysia sebuah negara-bangsa, belum pun genap dua generasi umurnya. Kalau dikira dari 1963, kita baru berumur 50 tahun. Kita mmemerlukan empat hingga enam generasi untuk dapat melupakan bangsa asal kita – menjadi betul-betul rakyat Malaysia.   
5.      Kontrak Sosial Malaysia
            Sebelum kita mencapai kemerdekaan muncul dua gabungan parti: Pusat Tenaga Rakyat (yang terdiri dari parti-parti kiri Melayu dipimpin oleh Ishak Hj. Muhammad) dan All-Malaya Council of Joint Action (yang terdiri dari parti-parti kiri bukan Melayu yang dipimin oleh Tan Cheng Lock), disingkat kan menjadi PUTERA-AMCJA) dan gabungan pertubuhan Melayu dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan kemudian Tunku Abdul Rahman. Gabungan pertama kiri dan yang kedua kanan.
            Gabungan PUTERA-AMCJA menghasilkan apa yang dipanggil Sepuluh Prinsip Rakyat atau Perlembagaan Rakyat, termasuk prinsip-prinsip  raja-raja Melayu sebagai raja-raja berperlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak sama kaum pendatang yang memberi kesetiaan kepada negara.  Harus dinyatakan di sini,  rupa-bangsa yang dicadangkan “Melayu”.
            Semua prinsip di atas diterima, kecuali yang akhir.
            Itulah kontrak sosial yang diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan. Dalam PRU13 nyatalah kontrak sosial ini tidak diterima lagi oleh kaum Cina. DAP, yang lahir dari PAP di Singapura, dalam propaganda mereka, menolak kontrak sosial ini dan garis propaganda ini ditelan bulat-bulat oleh sebagian besar kaum Cina yang pada kali ini mahu mengubah Kerajaan.  Inilah yang meningkatkan pengarauh DAP dan PRU13.
            Sekarang soalannya apakah yang akan dilakukan oleh orang Melayu. Banyak kenyataan yang kita dengar mereka marah. Adakah mereka akan mengamuk? Pemimpin mereka sekarang, Najib, telah menasihatkan “penyatuan nasional”.  Kita setuju dengan nasihat ini. Orang Melayu harus bertindak secara rasional dan bijaksana. Namun demikian penyatuan nasional hendaklah berdasarkan prinsip. Hak orang Melayu yang sah tidak boleh dikorbankan. Kaum Cina harus menghormati prinsip ini. Kalau tidak, Malaysia tidak ada masa depan!
6.      Kembali ke Dunia Melayu
Jika sebelum kedatangan penjajah Malaysia sebagian dari Dunia Melayu yang termasuk Indonesia, sekarang setelah kedua-dua Malaysia dan Indonesia merdeka, kita harus merealisasi realiti ini. Harus kita tekankan bahawa hal ini bukan bertujuan untuk menekan mereka yang dulunya kaum pendatang. Tidak sama sekali. Ia hanya sesuatu yang logikal. Seperti kata pepatah, usul kembali kepada asal.  
-----------------------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Lama web beliau www.kassimahmad.blogspot.com    

Jagindas: Akan jadi pelik apabila orang Melayu yang faham sejarah tanahairnya sendiri gagal mempertahankan haknya hanya dengan sikap pura-pura bodoh orang lain...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.