Jumaat, 24 Mei 2013

TERIMALAH HUKUMAN JIKA MASIH BERDEGIL

ZAHID .... tiada lagi amaran

Kelembutan Dan Amaran Ada Hadnya

MENTERI Kemenerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid Hamidi,berkata beliau tidak akan memberikan amaran kepada semua pelaku yang menyongsang undang-undang negara sebaliknya mereka terbabit akan terus berhadapan dengan tindakan undang-undang.
            Zahid, ada sebab berkata demikian kerana semua peraturan dan undang-undang dalam negara ini bukanlah rahsia tetapi sememangnya telah diisytiharkan kepada umum. Malah, banyak daripada peraturan hidup dan undang-undang kita menyamai atau berlaku juga kepada negara lain di luar sana.
            Makna kata, masa untuk mengajar (beri amaran) sudah sepatutnya sampai tempoh. Sekarang adalah waktu dan ketikanya untuk menjatuhkan hukuman. Hukuman juga adalah satu daripada ruang pendidikan atau mendidik manusia apabila manusia itu masih berdegil setelah didik secara santun. Ya, Zahid, begitulah caranya berfikir dan bertindak!
            Tetapi.. penulis rasa tak perlulah Zahid sebut galak sangat ayat:"saya tidak beri amaran" berulang kali atau setiap kali memulakan kenyataan media. Bukan apa, nanti ada pulak yang terasa hati..Maklum, sebelum ini perkataan 'amaran' dan 'menteri amaran' sudah menjadi satu mainan di bibir dan di pena khalayak. Cukup-cukuplah sekali sahaja menyebutnya..
            Apapun, rakyat masih tertunggu-tunggu dan menanti penuh harapan bagaimana rupa bentuk KDN versi baru ini menangani pelbagai masalah jenayah di negara ini yang kini dikatakan semakin menular dan menggiat.
            Macam penulis kata sebelum ini, bercakap sebagai menteri tidaklah seperti seorang perwakilan menggigil dalam perhimpunan agung..


Jagindas: Geram tengok penulis nombor ekor haram berkeliaran dan perimis judi mesin tumbuh bagai cendawan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.