Indahnya Ramadhannn.... |
Juadah Iftar Imam,
Bilal, Siak, Makmum Tak Sama!
KALAU
boleh penulis tidak mahu dengar sudah cerita-cerita mengarut berkaitan masjid. Apatah
lagi dalam bulan yang maha suci dan barakah ini. Tempat suci, tempat beribadat
orang-orang Islam sepatutnya diurus dengan jujur dan ikhlas. Namun, penulis
tidak dapat menolak apabila petang tadi beberapa rakan mula bercerita mengenai
kepincangan moreh di satu kariah di sebuah masjid. Cerita yang setiap tahun
pasti berlaku...dan hari ini berlaku lagi..
Dakwanya, dalam moreh pun ada kasta.
Ada peringkat yang berbeza ketika menghadapi jamuan moreh berbuka puasa.
Barisan imam dan orang-orang kanannya lengkap dengan aneka lauk pauk serta
pembasuh mulut selain dari nasi minyak/putih, buah kurma dan air minuman.
Manakala, bagi barisan makmum pula
hanya hidangan ala kadar iaitu sekadar nasi, kurma, dalca dan air minuman. Alhamdulillah,
bukan makanan itu yang diutamakan pun. Jangan-jangan kurma makmum dan imam
pegawai pun dari kelas yang tidak sama. Agaknya imam pegawai dihidangkan kurma
Yusof Taiyub manakala kurma makmum marhaen pula dari jenis timbang dan murah.
Mana tau?
Mengapa jadi begitu? Menurut mereka selain
daripada sumbangan peribadi, orang awam (ahli kariah) juga turut memberikan
sumbangan bagi moreh untuk diberikan sama rata. Tiada kasta mengkasta antara
imam pegawai dengan makmum. Tidak tahulah pulak kalau yang menderma itu
demikian hajatnya!
"Apakah
pasti, para imam pegawai masjid puasamereka berdarjat tinggi berbanding makmum
sehingga di kelas sedemikian rupa?" Itu dakwa mereka.
Jika hal ini dilakukan oleh petugas
yang diupah menyediakan sajian berbuka, konon bagi menghormati taraf imam dan
pegawai masjid, makmum hendak tahu pula atas dasar apakah petugas tersebut
mengklasifikasikan juadah berbuka itu sebegitu?
Jika para imam pegawai mendakwa
tidak menyedari perkara ini berlaku, makmum sekali lagi nak bertanya apakah
susah benar para imam pegawai untuk memerhatikan keadaannya? Jauh sangatkan
jarak hidangan antara para imam pegawai dengan makmum? Najis sangatkah makmum
sehingga para imam pegawai dirasakan tidak layak makan bersama-sama dengan
makmum? Mengapa imam dan pegawai masjid tidak selesa duduk berbuka bersama-sama
makmum marhaen?? Mengapa ha?? Astaghfirullah....
Dalam quran jelas menyebut tiada
kasta dalam peradaban sesama Islam. Kasta hanya wujud dan diwujudkan oleh
sistem paderi dan agama-agama lain seperti hindu. Setinggi manapun para ilmuan
itu (ulamak misalnya), yang terbeza dengan khalayak hanyalah darjat pemerolehan
ilmunya tetapi ia tidak boleh dijadikan sebab untuk memisahkannya secara kasta
dengan makmum dan golongan marhaen. Isyarat-isyarat daripada penunaian fardhu
haji adalah contoh yang paling jelas bahawa manusia Islam itu tidak
dikasta-kastakan. Wallahhuallam.
Bukan itu sahaja, tambah rakan
penulis itu lagi, para imam dan pegawai masjid juga turut dibekalkan dengan
'tapaw' untuk di bawa pulang. Untuk bagi bini, anak, menantu dan cucu-cucu
makan. Entah habis entah tidak. Entah-entah berbuang ke tanah! Tidak adakah
tapaw untuk makmum marhaen yang lain terutama dari golongan miskin yang belum
tahu sahur anak bininya makan apa?
Puasa tahun lalu, penulis
dimaklumkan ramai ahli kariah berkenaan berkecil hati apabila ahli kariah
dilarang untuk mengambil sedikit juadah moreh yang dimasak di masjid itu untuk
dimakan bersama ahli keluarga mereka di rumah. Kenapa? Kononnya, masakan moreh
hanya untuk ahlil masjid sahaja. (baca ceritanya di sini)
MasyaAllah...apa begitukah
sebenarnya niat orang yang bersedekah moreh itu? Kalau begitu, teuskan lah...
ALLAH HUAKBAR! mana punya ilmu dan
adat mereka dapat nih! Asrtaghfirullah hal azimm.. Asrtaghfirullah hal azimm.. Asrtaghfirullah
hal azimm.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu dan yang
terkemudian... Aaminn.
Jagindas: Itulah bezanya
menunaikan puasa dengan menghayati puasa... (sejukkan hati anda
klik di sini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.