Isnin, 30 Julai 2012

MOREH MODEN

SUASANA BERBUKA DI MASJID ... Gambar Hiasan

Untuk Jemaah Masjid Sahaja, Yang Lain Tak Boleh!

Selepas sembahyang taraweh, malam tadi saya sempat berborak-borak sebentar dengan beberapa rakan sambil meneguk teh tarik di sebuah warong berhampiran masjid.
            Tidak ada isu yang nak disembangkan cuma seorang rakan menceritakan tentang gelagat tukang masak moreh tahun ini di masjid berkenaan.
            Katanya, pada puasa-puasa yang lalu, dalam lingkungan pukul lima petang ke atas, akan datang beberapa orang ke masjid, biasanya kanak-kanak, membawa sebuah bekas plastik (taperware) untuk mengambil sedikit lauk atau juadah yang dimasak pada petang itu untuk dibawa ke rumah.
            Apa yang menjadi kekesalan rakan saya itu adalah apabila anaknya datang pada petang kelmarin, di suruh balik oleh penyedia makanan berbuka dengan alasan semua makanan tersebut sudah dikhaskan untuk jemaah yang berbuka di masjid sahaja.
            Soalnya, takkanlah sedikit lebihan pun tak ada. Berdasarkan tahun-tahun sebelumya, masakan moreh di masjid itu biasanya ada lebih dan ia memang diagihkan kepada ahli kariah yang datang untuk mengambilnya.
            Katanya, selepas pukul lima petang, biasanya tukang masak sudah siap mengasingkan sejumlah bahagian untuk jemaah dan selebihnya akan diberikan kepada sesiapa yang datang untuk dibawa pulang ke rumah.
            "Apa salahnya bagi sesenduk dua gulai tu, bebudak nak makan. Tak kesian ke tengok budak tu datang dengan penuh harapan untuk mendapatkan gulai kari buat berbuka bersama adik beradiknya di rumah petang itu, tiba-tiba di suruh balik dengan tangan kosong..." , katanya dengan sayu hati.
            Rupa-rupanya tahun ini moreh di masjid itu hanya dikhas untuk mereka yang berbuka dan bersembahyang di masjid sahaja manakala jika ada lebihan hanya akan diagih-agihkan kepada jemaah berkenaan. Dengan kata lain, ahli kariah yang lain yang tidak berbuka dan sembahyang di masjid tidak dibenarkan mengambil makanan moreh walaupun sisanya.
            Ada pulak yang kata, tahun ini orang luar pun boleh dapatkan makanan moreh itu walaupun tidak ke masjid  asalkan mereka adalah 'kroni'.


Jagindas:   MASYAALLAH, apa dah jadi ni yop? betulkah begitu prinsip dan konsep moreh yang diamalkan oleh jemaah masjid tahun 1433H ni? atau, ada hal-hal berkaitan parti politik ke? kacaulah macam ni yop...

1 ulasan:

  1. Besar pahalanya memberi makan kepada orang yang berpuasa dari sumber dan bahan yang halal. Kalau ini berlaku baiklah AJK moreh tu pakat-pakat tak puasa sebab dah tak tahu nak menghayati roh ramadhan. Nauzubillah !!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.