Khamis, 18 Julai 2013

NAK TUNGGU SAMPAI MELAYU MENGAMUK KE??

Hentikan Segera Kebiadapan!

SEDIKIT demi sedikit, Melayu sudah mula berani meninggi suara. Baguslah. Dalam seminggu dua ini banyak blog yang mempertikaikan cara pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahi undang-undang terutama yang membabitkan unsur-unsur hasutan dan penghinaan serta soal-soal keagamaan. Ayat paling mudahnya adalah khalayak Melayu mempertikaikan cara polis membuat tindakan terhadap isu itu jika ia dilakkan oleh orang bukan Melayu dan orang Melayu sendiri. Ada beza dan amat terasa bezanya..
            Kes-kes di bawah kanun yang sama tetapi tidak sama cara tindakannya. Ada yang mengambil masa yang terlalu lama. Oleh kerana terlalu lama  sehingga akhirnya hilang begitu sahaja.. Ada yang yang sesegera itu. Macam masak mi segera. Cepat, panas dan pedas.
            Entah berapa banyak sudah kes orang cina dan india melakukan aktiviti yang boleh disifatkan sebagai menghina agama Islam dan menghasut menjurus kepada perkauman, namun semuanya masih dalam siasatan bahkan ada yang terus ditenggelamkan oleh masa. Pun begitu,  jika orang Melayu baru sahaja mula hendak bergerak atau meninggi suara dan perbuatan, secepat kilat anggota polis menangkap dan menyiapkan kertas siasatan.
            Dan, apabila sampai kepada peguam negara, jawapan yang pasti adalah memang ada kes untuk disabitkan. SEGERA! Pantas dan tangkas! Beberapa contoh kes terdahulu yang boleh dijadikan bukti boleh anda dapatkan di sini dan di sini
            Bagi penulis, ini bukan perkara baru. Kira-kira 30 tahun lalu, penulis sendiri pernah dipanggil oleh polis untuk menyelesaikan kes salah faham antara pemuda Melayu (budak nakal di kampung penulis) dengan pemuda cina di sebuah pekan kecil. Campur tangan penulis ketika itu diperlukan atas sifat sebagai aktivis politik kerana kes tersebut kononnya perlu diselesaikan melalui saluran politik.
            Dipendekkan cerita, penulis berjaya menyelesaikan kes tersebut secara perdamaian serta harmoni. Kedua-dua pihak menerima apa yang penulis utarakan. Kes selesai. Kedua-dua pihak berdamai dan mengakhiri perjumpaan tertutup itu dengan minum teh dan sajian kacang goreng. Perjumpaan itu turut dihadiri oleh beberapa anggota dan pegawai polis selain pemimpin-pemimpin komuniti masyarakat cina dan Melayu.
            Malangnya, setelah selesai, ketika penulis dan rombongan mahu pulang, tiba-tiba seorang angota polis (tidak beruniform) memanggil penulis dengan mendakwa cara penyelesaian yang penulis buat itu tidak betul. Dia nampaknya benar-benar mempertikaikan cara penulis menguruskan masalah salah faham itu yang dijalankan secara penuh toleransi, beradab dan saling hormat menghormati serta harmoni.. Pendek kata dia tidak mengiktiraf penyelesaian kes tersebut! UUHHH!!
            Timbul dipemikiran penulis, apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh pegawai polis itu? Bagi penulis, itulah caranya jika sebarang salah faham itu mahu diselesaikan melalui sudut politik. Apa yang penting adalah kes itu dapat diselesaikan dan tidak menimbulkan sebarang huru hara atau dendam mendendami. Oleh kerana apa yang penulis harapkan telah pun berlaku dengan selamat dan aman, maka penulis tidak melayan persoalan yang ditimbulkan oleh polis tersebut walaupun jelas di air mukanya dia memang tidak puas hati. Sampai ke hari ini, penulis masih tertanya-tanya mengapa pegawai polis itu mempertikaikannya.
            Pada penulis, jika polis boleh menyelesaikannya dengan cara polis, mengapa pula menjemput penulis yang kononnya kes itu mesti diselesaikan melalui perundingan politik bagi mengelakan timbul perselisihan kaum.
            Justeru, melihatkan pelbagai peristiwa kebiadapan hari ini yang semakin menjadi-jadi, maka kerajaan adalah diingatkan supaya tidak merangka banyak undang-undang, kanun dan akta jika tidak mampu melaksanakannya.
            Soalnya, mengapa jika orang lain berbuat kelaku buruk dan biadap, pelbagai justifikasi diperlukan ssbelum tindakan diambil sedangkan jika orang Melayu yang melakukannya begitu cepat akta menekan mereka.
            Sebenarnya, inilah yang sedang bermain-main dalam pemikiran orang Melayu hari ini. Hal-hal sebegini bukan sahaja melibatkan masalah yang berkaitan dengan keselamatan tetapi juga membabitkan hal-hal lain seperti perniagaan, penerokaan tanah dan sebagainya. Pejabat tanah dan daerah serta pihak-pihak berkuasa tempatan juga dirungutkan oleh orang Melayu sebagai memandang remeh jika orang bukan Melayu melakukan salahlaku namun secepat kilat tindakan dikenakan jika ia dilakukan oleh orang Melayu. Mengapa begitu jadinya??
            Sehingga, ramai yang berkata barangkali undang-undang dinegara ini hanyabuntuk orang Melayu manakala orang lain tidak. Disebabkan itulah agaknya pendatang haram pun bermaharaja lela....
            Takut sangatkah negara ini jika semua orang bukan Melayu tidak menyokong kerajaan berikutan Melayu sendiri terpecah tiga dan empat?  Sesungguhnya, rakyat terutama orang Melayu memendam rasa dalam bab ini dan haraplah kerajaan terutama Datuk Seri Najib janganlah selalu 'bermain selamat' (play-safe) dalam semua hal.
            Sampai bila boleh berdemikian kerana akhirnya ia pasti memerangkap diri bangsa sendiri. Malah, sekarang pun sudah terasa ianya berlaku.....Biadap tetap biadap. Tidak ada istilah kebiadapan melampau!



Jagindas: Ada yang tak puas hati atau tak puas?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.