Ahad, 21 Julai 2013

SYABAS PEMUDA JOHOR

Dan Syabas Juga Buat KJ

SECARA majoritinya, Pergerakan Pemuda Umno Johor (PPUJ) mahu semua jawatan dalam Pemuda Umno Malaysia (PUM) dipertandingkan apabila 20 daripada 26 ketua pemuda bahgiannya menyatakan pendirian tersebut.
            Ketua PUM, Khairi Jamaludin (KJ) turut menyokong keputusan PPUJ itu malah bersedia sama sekali jika keputusan itu membabitkan pergerakan pemuda di seluruh Malaysia.
            Syabas KJ, begitulah caranya. Gentelmen dan matang.
            Bagi Majlis Tertinggi Umno Malaysia, nampaknya masih bertahan dan mempertahankan agar jawatan nombor satu dan dua tidak dipertandingkan. Konon, bagi menjadi keharmonian dan mengelak daripada sebarang perpecahan dan berpuak-puak.
            Maknanya, Umno masih belum matang dan masih takut menghadapi realiti. Apa yang mereka selalu klim sebenarnya tidaklah begitu pada dasar dan realitinya. Mereka kerap klim bahawa orang umno sudah matang, umno sudah berusia lebih 5o tahun satu temph yang amat matang. Namun, mereka masih lagi gusar dengan nilai kematangan yang mereka sendiri agungkan.
            Atau, sebenarnya Umno masih belum matang dan belum bersedia untuk di apa-apa.
            Penulis harap, seluruhpergerakan pemuda umno mengambil keputusan yang sama seperti PPUJ jika mahu pemimpin yang diketengahkan adalah yang benar-benar bewibawa. Namun, harus diingat, jangan main kotor. Semua pihak pula harus bersedia bertanggungjawab jika berlaku curang dan kurang ajar dalam soal-soal pemilihan tersebut!
            Demikian, juga pemilihan Majlis Tetinggi (MT) Umno Malaysia juga harus berani serta gentelmen. Mana-mana pihak yang telah menyuarakan supaya tidak perlu ada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalannya, tariklah balik dan kembalilah kepada fitrah pertubuhan itu melainkan dalam perlembagaan nyata dan jelas membataskannya.
            Usahlah bimbang, jika memang benar Najib dan Muhyiddin itu di situ tempatnya, percayalah, siapapun yang menandingi mereka tidak akan berjaya. Tapi ingat, jangan ada dendam di hati. Begitulah sebaliknya...



Jagindas: Ada berani? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.