Ismail Mina - Presiden Muafakat |
Mimpi
Lama Yang Diulit Kembali
SISTEM
pendidikan negara yang dilaksanakan sepenuhnya oleh negara ini selepas merdeka
sememangnya bersemangat nasional. Hasratnya cuma satu iaitu mahu rakyat negara
ini maju dalam segala bidang, menaikkan nama negara di persana antara bangsa
dan pada masa sama wujud sebagai sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu
menerusi satu bahasa tanpa mencacatkan ikatan agama dan budaya masing-masing.
Namun, perkembangan pendidikan dan
tuntutan aliran politik semasa, sedikit demi sedikit telah menghakis arah dan
halatuju tersebut sehingga memaksa kerajaan meminda pelbagai perkara dalam
sistem pendidikan itu.
Tidak juga berjaya, malah dirasakan
semakin mengekang nilai-nilai masyarakat di negara ini. Kenapa? Mudah sahaja
jawapannya itu selagi sistem pendidikan di negara ini tidak terletak di atas
satu landasan dan satu aliran - Bahasa Melayu, maka selagi itulah ia tetap cacat
dan menakutkan.
Pun begitu, penilaian semula semua
sistem pendidikan negara itu tidak bermaksud mematikan sama sekali nilai-nilai
budaya dan bahasa ibunda kaum-kaum yang terdapat di negara ini. Bahkan, negara
juga menggalakkan rakyatnya mempelajari lebih daripada dua, tiga bahasa dunia
seperti Jepun, Peranchis, Russia dan sebagainya. Kerana, kita mahu bersaing di
perada antara bangsa.
Justeru, percubaan pertama negara bagi
mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu menerusi satu bangsa, bahasa dan
budaya adalah dengan mewujudkan "Sekolah Wawasan" yang diilhamkan pada
zaman Tun Mahathir memerintah Malaysia.
Jawapan ringkasnya, tiada sambutan
dari kalangan bukan Melayu. Selain dari puak pembangkang, kalangan parti
kompenan juga seperti MCA dan MIC tidak membantu. Akhirnya, hasrat itu terbang
begitu sahaja. Kenapa? Semuanya berpusatkan "politik". Demi menjaga
hati masing-masing. Demi kepentingan politik masing-masing. Dengan kata lain,
kepentingan politik telah menidakkan semua impian yang ada dalam falsafah dan
prinsip pendidikan negara yang dibina dengan begitu halus.
Kini, setelah timbul bermacam-macam
dalam negara yang pada para bijak pandai merasakan mungkin akan menimbulkan
sesuatu yang tidak baik kepada negara di masa akan datang, maka datanglah
sekali lagi pemikiran yang membawa maksud seperti itu juga. "SISTEM
PENDIDIKAN SATU ALIRAN" demikianlah nama perjuangan baru yang sedang
berusaha memberikan tekanan kepada kepimpinan baru, di sini.
April lalu, penulis pernah paparkah
satu catatan daripada seorang penulis dan pemerhati politik tanah air, Saudara
Mokhtar Petah, mengenai masalah penyatuan bangsa di negara ini di sini
Rasanya, masalah memurnikan kembali kurikulum
sejarah di sekolah-sekolah pun masih belum selesai lagi. Masih terumbang
ambing. Biasalah, masa tengah hangat bukan main lagi. Semua rang nak bercakap! Ramai
pihak yang sedar betapa pentingnya mata pelajaran sejarah sebagai wadah
sokongan utama untuk membetuk masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab dan
kasih kepada negaranya.
Entah macam mana hala tujunya masih
lagi kabur...Belum pun sempat ia dimurnikan, pembangkang sudah pula memainkan
isu mata pelajaran 'Tamadun Islam dan Tamadun Asia' (TITA) di institusi
pengajian tinggi. (seorang penulis mengulasisu itu di
sini)
Jadi, hasrat Ismail Mina Ahmad dan
rakan-rakannya itu amatlah penulis sanjung serta hormat. Tetapi......boleh jalan
ke? Apapun, selamat memperjuangkannya!
Jagindas: Orang Melayu biasanya
tak kisah pun....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.