GAMBAR HIASAN:....jangan biarkan mereka kelaparan |
Pastikan Rakyat Sendiri
Selesa Sebelum Membantu Orang Lain.
BIASANYA,
dalam bulan Ramadhanlah banyak cerita-cerita dhaif dan kemiskinan dipaparkan
oleh akhbar-akhbar dan media-media elektronik. Barangkali, surat khabar pun nak
ambil sedikit 'kredit pahala' hasil daripada mengeluarkan cerita itu.
Selebihnya, harapan daripada cerita-cerita seumpama itu adalah untuk mendorong umat
Islam melipat gandakan aktiviti bersedekah di bulan yang mulia dan maha barakah
ini. Sebagai contoh cerita tersebut ada di sini.
Penulis tidak berminat untuk
mengulas lanjut mengenai masalah kemiskinan itu. Semasa penulis bertugas sebagai
pemberita dahulu pun, penulis juga pernah diarah supaya mencari cerita-cerita
sebegini pada bulan yang mulia ini kerana ia mampu melariskan jualan akhbar.
Apa yang penulis mahu fokuskan
adalah mengapa pada bulan Ramadhan ini pemberita atau wartawan lebih tahu dan
sensitif terhadap isu-isu seperti ini? Sedang, 11 bulan yang berlalu sebelum
ini, apakah yang jawatankuasa kerja dan keselamatan kampung (JKKK) buat?
Apakah yang tok-tok imam di
kariah-kariah buat? Bukankah mengambil tahu dan bertindak balas terhadap rakyat
atau ahli-ahli kariah yang bernasib malang seperti itu antara tugas dan tanggung
jawab tuan-tuan? Bukankah tuan-tuan dilantik ke jawatan itu mewakili kerajaan
dan jabatan agama Islam dan tidakkah tuan-tuan faham fungsi serta tanggungjawab
tuan-tuan terhadap tugas yang tuan-tuan pikul itu??
Tidak ada alasan sama ada jawatan
itu sukarela mahupun diberi ganjaran elaun bulanan. Apa yang penting adalah apakah
tuan-tuan telah melunaskan tanggung jawab tuan-tuan setelah mengaku mahu
memikul jawatan tersebut.
Subhanallah. Apa sebenarnya yang
tuan-tuan buat terhadap penduduk kampung dan ahli kariah tuan-tuan? Di pentas-pentas
dan di dewan-dewan mesyuarat, tuan-tuan begitu lantang memperkatakan nasib
malang orang luar seperti apa yang berlaku di Palestin, Syria, Iraq, Indonesia,
Myanmar dan sebagainya. Di atas mimbar tuan-tuan begitu keras membicara soal
tanggungjawab, dosa dan pahala. Untuk siapa dan kepada siapakah semuanya itu?
Kira-kira 20 tahun lalu, sebagai
pemberita, penulis pernah memaparkan kisah satu keuarga (sepasang suami isteri
bersama enam anak-anak berusia antara 2 - 12 tahun) yang juadah berbuka
puasanya hanya pisang rebus bercicahkan kelapa parut bergaram.
Penulis yang turut berbuka puasa bersama
keluarga berkenaan tidak boleh melelapkan mata selama seminggu sehinggalah
pelbagai pihak datang menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit. Bukan
sekadar miskin makan, keluarga itu juga berteduh di bawah susunan plastik
terbuang...
Tahu apa yang terjadi kepada
penulis? Penulis dikecam oleh JKKK kampung berkenaan kononnya penulis dengan
sengaja mahu memalukan wakil rakyat mereka.....(panjanglah ceritanya...tapi waklil rakyat mereka tu bukannya bodoh
macam JKKK-nya. CUMA, silapnya ramai wakil rakyat memilih JKKK yang tak berapa cerdik memimpin kampung)
Jagindas:Memang malang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.