Alternatif Untuk Mengajar yang kurang Ajar!
GAMBAR HIASAN: antara manusia yang didakwa menghina Islam |
MENYAMBUT
puasa 1434 kali ini umat Islam di negara ini disimbah dengan dua kenyataan
dajjal. Pertama dari anak negeri sendiri iaitu Vivian Lee dan pasangannya yang
terkenal dengan laman youtube pornonya. Mereka dengan sengaja telah mengejek dan
menghina umat Islam menerusi ucapan berbuka puasa dengan makanan tidak halal.
Dan kedua pula adalah sokongan duta Vatican City, Josseph Marino, terhadap
tuntutan penggunaan nama Allah oleh puak kristian di negara ini.
Seperti biasa, para blogger, orang
awam, oang politik, NGO dan banyak pihak lagi menentang keras kedua-dua isu
ini. Lantaran itu, banyaklah sudah laporan polis dibuat. Banyaklah juga
pelbagai desakan diasak khusus kepada kerajaan.
Yang kita sedari, sebelum ini pun
pelbagai peristiwa ejekan, biadap, kurang ajar dan perbuatan menghina daripada
satu puak kepada satu puak lain telah banyak kali berlaku. Dan, apa apabila ia telah
menjadi percakapan umum maka laporan polis dan desak juga turut mengasak-ngasak
di media-media.
Namun, akhirnya isu itu akan sejuk
sendiri dan masa yang berlalu terus membawanya pergi begitu sahaja. Apakah yang
dapat kita fikirkan daripada rentetan peristiwa itu?
Itulah menunjuk bahawa pihak
berkenaan mahu rakyat membuat keputusan sendiri. Selagi aman damai, tiada apa
yang dapat dilakukan. Setakat hentakan suara berdegar-degar, tidak akan pergi
ke mana mana. Tiada bukti untuk disabitkan, tiada kes untuk diprimafacie-kan..
Barangkali, begitulah agaknya. Tapi, memang nampak macam itulah! Maaflah,
kerana mengeluarkan kata-kata ini. Kalau orang lain selalu berbuat-buat
terlanjur dahulu kemudian mohon maaf, tetapi penulis merangkumkannya bersekali.
Kerana, penulis tuliskan kata-kata itu dalam keadaan sedar. Jika kenyataan maaf
orang lain sebelum ini boleh diterima dan mencairkan api kemarahan serta
melupakan sekejap tindakan undang-undang, mengapa tidak dengan kenyataan
penulis ini?
Justeru, agaknya, bagi kes-kes bacul
seperti itu orang Melayu dan Islam nampaknya kena buat tindakan sendiri terlebih
dahulu barulah pihak terbabit tahu langit tinggi rendah. Barulah agaknya otak
dalam kepala mereka boleh berfungsi dengan baik, sempurna, adil dan bijaksana.
Kerja-kerja yang kita buat selama
ini seperti membuat laporan polis, desak sana desak sini, tempik sana tempik
sini.. nampaknya membuang masa sahaja. Bahkan, terkadang dirasakan pihak yang
mencabul tergelak terkekeh kekeh melihatkan ragam kita yang hanya mampu berbuat
demikian sedang mereka terus bertindak bacul, kurang ajar lagi biadap. Malah, setiap
malam mereka juga tidur lena sedang kita mengirap darah sendiri-sendiri.
Perang psikologi seperti ini
kesudahannya membahayakan diri sendiri. Diri orang Melayu dan Islam sendiri!
Jagindas: Bagi sahaja apa yang
difikirkan sesuai dengan kebiadapannya supaya semua pihak berfungsi akalnya.
SEMUA PIHAK berfungsi akalnya! Tak penatkah kamu semua beramai-ramai ke Balai
Polis buat laporan atau sengaja ambil peluang untuk nak mendedahkan muka di media?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.