MASYARAKAT
Islam di negeri ini meminta supaya jabatan agama Islam negeri (bahkan di
seluruh negara) supaya lebih rasional ketika menjalankan operasi menangkap pelakuan
maksiat di kalangan orang Islam lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.
Menurut mereka, banyak kes yang
diheret oleh jabatan itu tidak kena pada sasaran yang sebenar malah ada
ketikanya ia lebih bersifat sengaja mahu memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang. Bahkan menjadi persoalan umum pula mengapa tindakan menangkap orang tak berpuasa sahaja yang lebih menonjolkan tugas jabatan itu berbanding banyak maskiat lain yang berlaku setiap hari terbiar begitu sahaja biarpun didepan mata? Kalau adapun entah mana sekali....
Dalam kes orang Islan tidak
berpuasa, hukuman yang terhukum adalah disebut sebagai "seseorang Islam
yang dengan sengaja makan di khalayak ramai pada bulan Ramadhan (puasa)..."
Jelas perkataan dan perbuatannya iaitu makan di khlayak. Namun kononnya ada kes dimana penguatkuasa agama Islam menangkap mereka yang sedang membeli makanan hanya
atas firasat iaitu "orang ini tidak berpuasa". Sama-ada dijumpai mereka itu di kedai makanan mamak
(Islam) atau di kedai cina, namun selagi perbuatannya itu masih belum mencapai
maksud dalam hukum itu maka tiada sebab mereka ini di tangkap dan didakwa. Ini bukan sahaja logik tetapi sewajarnya begitu.
Sedangkan para malaikat pun tidak
menulis apa-apa dosa selagi belum dilakukan perbuatan jahat (tidak baik) oleh
seseorang hamba Allah walaupun mereka sudah berniat untuk melakukannnya.
Selain itu, masyarakat Islam juga
mempertikaikan tugas jabatan berkenaan yang nampak agresif dalam soal puasa sahaja
manakala dalam soal-soal jenayah dan maksiat yang lain tidak pula jaip
mengambil berat tentangnnya secara bersunguh-sungguh dan keras.
"Banyak benda lain yang perlu
jaip pertahankan. Orang Islam yang asyik di kedai judi mesin, di peremis nombor
ekor, orang Islam di kelab-kelab malam meneguk arak dan bermain perempuan
mengapa tidak diekori padahal perbuatan mereka ini sudah amat jelas bersalahan
dengan syarak.
"Bahkankan, aktiviti berkenaan
lebih jelas dan banyak merosakkan kehidupan dan institusi keluarga Islam.
Mengapa rukun Islam yang ketiga itu (puasa) amat benar berat dipandang
jaip??"
Masyarakat berkata, sanggahan itu
bukan bermaksud supaya pihak terbabit meringan-ringan hukum orang tidak
berpuasa menunjuk-nunjuk dengan sengaja. Ia adalah satu perbandingan supaya
pihak berkuasa terbabit tidak meringan-ringankan pula hal-hal maksiat dan
jenayah syariah yang lain pada ia juga lebih memudaratkan masyarakat selain
turut juga merendahkan martabat agama suci itu.
Justeru, sejajar dengan itu masyarakat
Islam meminta jabatan agama Islam negeri lebih rasional dan global, tepat dan bermunasabah apabila hendak
melakukan sesuatu operasi maksiat mahupun menghukum mereka yang bersongsangan
arus syarak.
Jagindas: Prinsipnya: Haram
tetap haram. Sama sahaja, cuma tingkahnya yang berlainan.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.