Takut Kalah Pilihan Raya ?
BANYAK pihak mahu kerajaan lucutkan hak kerakyatan atau menarik semula hak
itu (jika telah terberi) bagi rakyat negara ini yang sudah teramat kurang ajar
dan durhakanya terhadap tanah tumpah darahnya sendiri.
Suara-suara seperti ini
bukan baru malah saudara Anwar Ibrahim juga pernah dicadangkan supaya
dilucutkan kerakyatannya atas kebiadapan melampaunya kepada negara ini. Ops!
adakah istilah kebiadapan melampau? Atau istilah durhaka melampau?
Banyak lagi, Namewee, satu
nama besar masyarakat cina kontemporari Malaysia pun pernah diminta
dibegitukan. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, bahkan beberapa orang melayu lain seperti
Hishamuddin Rais dan Sasterawan terkenal, Datuk Ahmad Said, juga pernah didesak
supaya dilucutkan hak kerakyatan mereka. Biadap! Memang biadap. Yang muda boleh
disifatkan tak cukup menerima ajar. Namun, bagi yang suda tua-tua bangka...?
Hilang lenyap di udara suara
orang ramai dan NGO-NGO menyorakannya. Laporan polis sekadar menghias tugas
polis dan memenuh ruang dada akhbar atau melengkapkan tugas wartawan dan
jurugambar.
Barangkali anak tekak juga sudah mengecil
menyuarakannya. Satu pun masih belum berlaku. Belum lagi. Kita sedang sibuk
menangkap PATI sekarang. Mereka pun durhaka dan kurang ajar juga!
Kalau dulu-dulu, seorang
sultan berhak mengenyahkan rakyatnya yang duhaka hatta menghukum bunuh (masa
itu pancung la..) kepada sesiapa sahaja rakyatnya yang durhaka mahupun rakyat
yang menumpang.
Itu dulu. Dahulu kala.
Yang lepas biarlah lepas. Zaman moden, beradab dan penuh peradaban ini siapakah
yang berhak melucutkan kerakyatan seseorang rakyat. Susah sangatkah demi untuk
mendidik perilaku berjuta yang lain rakyat sendiri.
Jangan marah, penulis
mohon maaf sebab memang kurang arif dalam bab ini. Tulisan inipun nampaknya
macam ikut sedap gerak hati sahaja.
Saya sayang Malaysia,
negaraku berdaulat tempat tumpah darahku!
jagindas: Tolonglah
bertindak dengan kewajaran sebelum yang taat hilang kasih sayangnya!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.