Mampukah Kerajaan Mengawalnya?
"Saya: Kenapa hari ini bayar lebih 50 sen?
Taukeh: Harga serupa, kos hantar saja naik 50 sen
Saya: Pasal harga minyak naik, ye?
Itu adalah antara dialog saya dengan seorang taukeh yang menghantar tong
gas ke rumah penulis setelah dipesan. Namun, hari ini bayaran yang dikenakan
lebih 50 sen daripada biasa.
Manakala, ada kedai yang menjual
capati dan roti canai, masih pada harga lama. Terima kasih kerana memahami seruan kerajaan. TETAPI..., sais capati dan roti canainya lebih kecil
berbanding sebelum ini. Maklumlah, nak buat macam mana taukeh gas dah naikan kos perkhidmatannya....
Kita percaya, selepas ini
kos bahan-bahan binaan juga akan naik. Bermakna, kos perkhidmatan juga akan turut
naik.
Orang tua-tua kata, tak
dapat tanduk telinga di pulas. Janji, naik tetap naik! Boleh makan dek saman
ke?
jagindas: Ahli
kelab bujang tua semakin bertambah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.