Ahad, 1 September 2013

MENILAI SEMULA ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Tingkatkan Martabat Bangsa Dan Agama

PENULIS teringat ungkapan kata-kata seorang Ketua Biro salah sebuah akhbar arus perdana tanah air setelah saya diperaku sebagai pemberita sambilan yang katanya lebih kurang begini:
            "Aku dapati kamu sudah boleh memahami dan menyampaikan apa itu berita kepada masyarakat. Sekarang, terpulang kepada kamu untuk meningkakan martabat kamu sebagai pemberita. Tidak ada orang lain yang boleh meletakkan kamu ke atas melainkan kamu sendiri. Jika kamu mempermudah-mudahkannya, bermakna kamu sengaja meletakan martabat kewartawanan yang ada pada kamu ke bawah dan kamu ditak akan berjaya atau menjadi penulis yang baik..."
            Sangat benarlah maksud kata-katanya itu. Seorang guru harus menjaga martabatnya sebagai guru jika mahu diangkat oleh masyarakat profesionnya itu. Seorang pegawai kerajaan atau swasta juga sewajarnya bersikap demikian supaya kedudukan dan institusi yang diwakilinya di hormati dan dipandang tinggi.
            Demikian juga seorang wakil rakyat hendaklah meninggikan martabatnya sebagai wakil rakyat bukan meninggikan hidung dan perutnya. Maka begitulah seterusnya...
            Apa pula kaitannya dengan sebuah bangsa merdeka?
            Setelah 56 tahun negara mencapai kemerdekaan tentunya rakyat negara ini berbangga dengan pelbagai pencapaian dan kemajuan yang telah diperoleh oleh negara hasil daripada kegigihan dan kesungguhan pemimpin, kerajaan serta rakyatnya yang merdeka. Pelabagai nikmat dan rahmat yang dipegang dan dirasai bersama.
            Justeru, apakah orang Melayu benar-benar telah memartabatkan kaumnya dalam sebuah negara merdeka? Orang Melayulah yang memecah minda dan keringat, wang, harta serta nyawa untuk menuntut kemerdekaan sejak tahun 1948 lagi. Orang Melayulah (majoritinya) yang melauti perhimpunan kemerdekaan yang digahkan di Melaka ketika Tunku Abdul Rahman pulang dari London bagi mendapatkan restu Englang. Bahkan Melayulah juga yang menggelorakan sorakan kemerdekaan di stadium negara pada 31 Ogos 1957 lalu. Sampai ke hari ini, Melayu jugalah penyeri sambutan kemerdekaan yang dibuat setiap tahun. Mungkin kerana bilangannya ramai maka tampak kecillah orang lain di celah-celahnya.
            Namun, siapakah yang sebenar-benarnya yang menikmati erti kemerdekaan negara ini. Siapakah yang mengunakan kemerdekaan negara ini untuk meningkatkan martabat diri, keluarga dan kaumnya?
            Datang dengan dengan berbekalkan cangkul menggunakan tongkang kini kaum itu mendomenasi ekonomi negara. Didatang sebagai buruh hina kini mereka megah setaraf dengan kasta tertinggi di negara asal mereka. Bilangan melayu yang ramai masih tidak mampu menandingi mereka (malah jauh terkebelakang) dari sudut martabat dan status kehidupan. Satu jumlah yang tidak ramai tetapi berkualiti. Berkualiti kerana kaum itu tahu menggunakan kesempatan sebuah negara yang merdeka.
            Dan kita.., masih menuntut makan disuap-suap (spoon-feeding).... Tambah malang....Melayu dikatakan suka 'makan suap'! Aduhai bangsaku!  



jagindas: salam kemerdekaan kepada semua Melayuku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.