Walau Sebaik Manapun...
KEGEMBIRAAN amat terserlah apabila golongan pembangkang berjaya membatalkan
penayangan filem "Tanda Putera" yang kononnya menurut mereka hanya membawa
unsur memecah-belahkan kaum, menyimpang daripada fakta sebenar serta berunsur
fitnah.
Namun, setelah kerajaan
menimbang semula setelah di desak oleh pelbagai pihak dan filem itu mula
dibenarkan masuk panggung mulai hari ini (29/8/13), kerajaan Pulau Pinang di
bawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE) telah mengharamkan penayangannya di seluruh
panggung di negeri itu.
Sebelum ini penulis ada
menyebut, bahawa puak-puak ini akan terus mengganggu apa-apa sahaja program
kerajaan meski sebaik mana sekalipun tujuan dan objektifnya.
Dong Zong, adalah antara NGO
yang dipergunakan oleh puak-puak ini bagi mendekati rakyat khususnya kaum cina
untuk menanam bibit-bibit hasutan mempertidakkan program kerajaan yang mereka
sifatkan seolah-olah mengancam kehidupan dan masa depan kaum mereka.
Yang jelas hari ini sebuah
filem yang bertemakan sejarah dengan fakta yang tepat serta di garap dengan jujur
telah dinafikan hak tayangannya oleh Pulau Pinang atau lebih tepatnya oleh
kerajaan DAP.
Justeru, tidak hairanlah
suatu hari nanti kerajaan akan sekali lagi didesak dan diancam apabila buku
teks mata pelajaran sejarah serta kaedah-kaedah pengajaran sejarah sedari
sekolah rendah hingga menengah dilaksanakan nanti.
Baru-baru ini pula, secara
tiba-tiba sahaja Menteri Besar Selangor, Datuk Khalid Ibrahim, secara sinis
(bagi pendapat penulis) mencadangkan agar sejarah negara di tulis kembali
dengan fakta yang tepat. Apa sebenar yang hedak dicakapkannya tidaklah begitu pasti.
Apakah sama ada
kandungannya tidak selari dengan kehendak Khalid (dan saudara maranya dalam
Pakatan Rakyat) dengan yang sedang dibuat oleh Kementerian Pelajaran tidak
tahulah kita. Khalid saja yang faham. Atau, mungkinkah khalid diminta oleh satu
puak kerabatnya untuk berkata begitu sebelum langkah kerajaan seterusnya disanggah...
Sanggah, sanggah, sanggah!
"Ini tidak
adil!" - itu sahaja yang mereka tahu. Itulah saja frasa yang terpahat
dalam hati nubari mereka. Pemimpin yang baik memandang sesuatu secara mencapah
tetapi tidak bagi mereka yang berfikir secara menguncup.
Langkah permulaan sudah
bermula bilamana Dong Zong menyanggah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM). Itu mukadimahnya. Tidak terhenti di situ. Langkah seterusnya akan
merobek semua kandungan dalam PPPM secara mengelirukan pemikiran awam. Kerana,
mereka sudah memahami bahawa pemikiran awam hari ini mudah dikelirukan dan
terkeliru berikutan generasi baru awam hari ini majoritinya lemah dari segi
sejarah bangsa dan negaranya sendiri.
Sebab itu, mereka gagal
menghayati dan mempraktikkan pepatah 'dimana bumi dipijak di situ langit
dijunjung ; berat sama dipikul ringan sama dijinjing; kalau sedikit secubit
rasa jika banyak beragih-agih'.
Umno dikatakan rasis
kerana selalu sahaja memperjuangkan hak melayu dan bumiputera. Namun kaum Cina
dan India juga tidak dilarang memperjuangkan hak mereka asalkan tidak
berlebih-lebih.
Perpaduan antara
kaum? Jika tercipta, demikina itulah
kehendak tuhan. Kerana, sesama melayu dan seagama pun sukar berpadu, terlaratkan
menyuap nasi dalam satu hidangan yang didalamnya ada rendang ayam dan babi
meski berlainan piring?
jagindas: Terus berdoa ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.