Jangan Protes Secara Terang....
"KOTA BHARU 15 Sept. - Pengarah
Pendidikan di setiap negeri diminta supaya memantau guru-guru yang menentang
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terang-terangan"
Itu adalah antara kata-kata yang boleh disifakan sebagai amaran
kepada kaum guru di negara ini yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan ll,
Datuk Seri Idris Jusoh terhadap usaha kerajaan memantapkan bidang pendidikan
negara ini menerusi program PPPM.
Amaran itu juga selaras dengan prinsip dan etika penjawat
awam di mana sebagai pekerja mereka sewajarnya menyokong dasar-dasar yang
diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan.
Bagi penulis, biarlah mereka
memprotes secara terang daripada menyerang di dalam gelap. Seperti yang penulis
katakan menerusi beberapa entri sebelum ini, banyak prgram dan projek kementerian
pendidikan sebelum ini telah membazirkan wang rakyat adalah akibat daripada
protes dilakukan oleh golongan pelaksananya yakni kaum guru secara senyap.
Peringatan Menteri
Pendidikan ll itu dilihat akan mewujudkan sekelomok kaum guru yang menjadi pak
angguk serta memuji dan memuja sesuatu program kementerian itu tetapi pada
amalinya mereka tetap menyongsang arus.
"Tidakkah ini yang
berlaku sebelum ini? Berapa ramai kakitangan kerajaan yang benar-benar ikhlas
melaksankaan dasar-dasar kerajaan? Kebanyakannya hanya mengangguk di depan tetapi
di belakang mencebih bibir. Prinsip dan falsafah makan gaji masih tebal",
kata seorang bekas guru yang mengulas kata-kata Idris Jusoh itu.
Menurutnya, kerajaan tidak
perlu mengeluarkan amaran seumpama itu sebaliknya bertindak terus agar semua
yang terlibat dengan program dan dasar tersebut melaksanakannya dengan
sempurna.
Katanya, tidak kira sama
ada sesuatu protes itu dibuat secara terang mahupun tersembunyi, sesiapa sahaja
yang terbabit wajar dikenakan tindakan. Sampai masanya kerajaan memastikan
kakitangan terdiri daripada mereka yang berkaliti.
"Biar jumlahnya
sedikit tetapi berkualiti tinggi. Apa gunanya ramai kalau ramai yang bersikap
sokong membawa rebah? Pengelamana lalu sudah terang dan jelas mengajar kita, jadi
mengapa diberi ruang lagi orang mentertawakan kita?" tambahnya.
jagindas: Api dalam sekam lagi bahaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.