Tapi Janganlah Sampai Mati Atas Perut...
ANTARA berita kecil menarik perhatian penulis semalam adalah kisah seorang
lelaki warga emas berusia 66 tahaun, yang mati sebaik sahaja dia selesai
melanggan seorang pelacur di sebuah hotel bajet di Muar, Johor.
Usia 66 tahun bukanlah
terlalu tua. Sahabat saya yang kini berusia 86 tahun masih kuat zahir dan
batinnya. Tiada penyakit tiga serangkai -- jantung, darah tinggi dan kencing
manis. Bahkan, lengoh lutut sakit pinggang pun tidak ada. Ringkasnya, dia
memang sihat dan kuat.
Dia masih mampu menoreh
getah, mengutip susu dan menghantar hasil torehannya untuk dijual. Dia juga
telah berkahwin baharu (50an) setelah kematian isteri pertamanya. Mengikut
cerita beliau, segala-galanya 'beres'. Tipu atau tidak, hanya dia dan isteri baharunya
sahaja yang tahu.
Kira-kira empat puluh
tahun yang lalu, seorang warga tua yang saya kenali diberitakan mati di Betong,
Siam, ketika sedang rancak memadu asmara bersama pelacur pilihannya.
Kematiannya itu disifatkan sebagai "mati atas perut" sebelum sempat
menyelesaikan tugasnya.
Berbeza dengan nasib rakan
di Muar itu, dia dikatakan mati setelah segala-galanya selesai. Barangkali
termasuk bayaran upahnya pun telah selesai berbayar. Pendek kata tak ada hutang
lah!
Kerancakan dan keghairahan
calon-calon untuk bertanding dalam pemilihan agung umno (PAU) semakin hangat.
Satu pihak menarik diri, yang satu pihak lagi teruja menawarkan diri. Dulu
pujuk-pujuk pihak lawan bagi mengelakan perpecahan kalangan ahli parti. Tetapi
sekarang pula menyambut baik hasrat tentangan lawan. Barangkali, dulu rasa
macam tak boleh nak pergi tetapi sekarang rasa dah nampak bahawa pihak yang
melawan pasti rugi.
Apa pun, membaca diri itu
penting dan amat perlu. Biarlah nafsu
yang wujud adalah secara semula jadi dan janganlah memaksa-maksa mendatangkan
nafsu. Itu, nafsu erakah namanya. Kerana, nafsu yang lahir daripada kepura-puraan
itu sangat buruk wajahnyanya.
Kalau mahu berbini
sekalipun, berbinilah dengan kekuatan batin yang asli. Lataklah berapa bini
pun. Tidak perlulah berkahwin berbekalkan kekuatan batin palsu. Menelan
pelbagai ubat bagi menunjukkan diri sebagai kuat. Tidak ada penyakit cari
penyakit. Akhirnya diri tersiksa. Jika masih bujang kelana, tak apa lah.
Bagaimana kalau mempunyai isteri, anak atau cucu? Habis berjangkit tersiksa
semuanya. Apatah lagi kalau mati di atas perut!
Bertanding dalam PAU pun
demikianlah juga. Jangan sampai ada yang tumbang berdiri atau akan menjadi
hantu raya selepas kalah dalam pertandingan itu nanti.
Berjanjilah dengan diri
sendiri, bahawa kesediaan untuk bertanding itu bukan atas jolokan nafsu serakah
yang meluap-luap tetapi atas kejujuran dan fitrah politik itu sendiri setelah
melihat dengan jujur beberapa kekuatan diri serta kelemahan-kelemahan di pihak
lawan.
Dan, berjanjilah juga
bahawa jika anda menang, tidak bererti menang kesemuanya dan jika anda kalah
pula bukanlah bermakna kalah seluruhnya. Percayalah,
jika kehadiran anda bukan di atas kekuatan nafsu serakah yang sengaja
disengaja-ngajakan manakala kekuatan anda pula bukan disebabkan ubat, jamu dan
minyak urut, insyaAllah rumah tangga Umno akan bahagia selama-lamanya.
Bertandinglah dengan jayanya...
Selamat mengisi borang.
Baca dan semak dengan teliti.. Kesilapan ini pun boleh sebabkan tumbang
berdiri! hehehe..
jagindas: Makan
viagra bersulam air ketum....POWERRRRRRRRRRRRR!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.