Bukan Saja Rakyat Malaysia, Bahkan Dunia
Turut Meniliknya
Seronok main rebut kerusi dengan iringan muzik... |
KONONNYA nampak meriah apabila disahkan enam anggota Umno akan bertanding untuk
merebut Naib Presiden Umno Malaysia kali ini. Tiga penyandangnya sedang bersepak
terajang bagi memastikan kerusi yang diduduki hari ini tidak terbang. Pencabar
yang bertiga lagi itu, bukan sekadar mencuba nasib tetapi bertindak sebagai
penyendal mengukuhkan rasuk dan ruk rumah. Kesinambungan perjuangan Umno mesti
diteruskan, kekuatan Umno wajar dipertahankan. Pemilihan, bukanlah perkara
main-main seronok sehingga mendorong mencuba nasib. Tetapi ini adalah soalmasa
depan bangsa, agama dan negara!
Najib Razak, yang mempertahankan
kerusi Presiden (barangkali tiada pertandingan), apakah keliru dengan sedarah
sedaging atau melihat jauh bahawa yang sedia ada sekarang sememangnya wajar
diprtahankan. Yang jelas, lafaznya adaah beliau berkecuali. Terserah kepada
perakilan kerrana ykin perwakilan hari ini sudah begitu matang dan berpandangan
jauh.
Muhyiddin Yasin, selaku
Timbalan Presiden (barangkali juga tiada pertandingan), apakah memilih rakan
lama atau terpengaruh dengan semangat senegeri atau sama seperti Najib bahawa
yang sedia ada sudah dirasai kemantapannya berdasarkan Pilihanraya Ke 13 yang
lalu. Sudah pasti, tiada prinsip bahawa di negeri A ramai ahli umno yang
bijaksana manakala negeri lain pula tidak begitu. Tidak ada falsafah seperti
itu.
Ramai yang menjadi
perwakilan bertanya-tanya pendapat: siapa yang tiga itu wajar dinafikan
kemenangannya? Siapa, siapa?
Barangkali, Zahid dapat
merasakan kedudukannya sebagai menteri KDN telah mengembalikan keyakinanan
rakyat khususnya orang melayu dalam hal-hal berkaitan keselamatan rakyat dan
maruah negara. Kebetulan atau memang Zahid begitu, hanya zahid sahaja yang
tahu. Namun yang secara kebetulannya adalah tahun ini berlaku pemilihan Umno,
InsyaAllah.
Bagitu juga, Shafie Apdal.
Gah atau tidaknya persembahan beliau sepanjang tenpoh yang lalu memang
dipandang berat. Tetapi, ramai yang pandang Shafie sebagai wakil negara menjaga
kepentingan di Sabah dan Sarawak. Maknanya, harapan Shafie untuk kekal di kerusi
itu rasanya tidak ada masalah.
Bagaimana denga degup
degap jantung Hishamuddin? Ada yang kata 'tingkah-lajunya' terhadap umno dan
negara di tahun-tahun sebelum ini banyak mengecewakan daripada membanggakan.
Ramai orang Melayu yang terguris cara beliau meneraju KDN sebelum ini. Berat
sedikit rasanya bila khalayak mengkaitkannya dengan dosa-dosa yang lalu.
Tapi,kalau itulah kayu
ukurnya, apa kurangnya dengan yang lain-lain? Itu antara sanggah
penyokong-penyokong calon masing-masing. Betul, semuanya betul.
Bagaimana dengan Mukhriz?
Bukan kerana dia anak Tun Mahathir yang bijak sana. Bukan begitu. Dari sudut
politi, kerja dan ketokohannya, apa yang dapat kita katakan? Dapatkah beliau
menendang keluar salah seorang daripada penyandang itu?
Tetapi...., untuk Ali
Rustam dan Mohd Isa, cukup-cukuplah sekadar itu. Kena baca secara global. Kata
sayangkan Umno...
Bertandinglah, asal jangan
sampai ada dendam di hati,sudahlah. Apapun masa untuk menarik diri masih ada.
jagindas: Tiga
pasti tumpas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.