Ahad, 27 Oktober 2013

SELAMAT TINGGAL GULA

Selamat Sejahtera Penduduk Negara

SELEPAS pembentangan bajet 2014, tajuk yang tidak kurang menonjol di media-media adalah tentang pemansuhan subsidi gula atau dengan kata lain harga gula akan naik sehingga dikatakan mencecah RM3.00 sekilogram atau lebih apabila bahan itu tidak lagi digazet sebagai barangan kawalan negara.
            Sepintas lalu, ada benar dan baiknya pendapat kerajaan seperti yang disuarakan oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak, bahawa kerajaan berusaha menggalakkan rakyatnya mengurangkan pengambilan gula bagi mengawal 'kepesatan' pembangunan sakit kencing manis di kalangan orang Malaysia.
            Pun begitu, masalah harga gula ini tidaklah nampak melebar di bibir rakyat kerana barangkali usaha kerajaan itu memang bertepatan dan ia juga menunjuk bahawa gula bukanlah keperluan penting bagai antara hidup dengan mati bagi majoriti penduduk di negara ini berbanding beras, susu, tepung, bawang, sayuran, gas dan beberapa jenis makanan uama lain.
            Malah, tepung atar wajar diberikan subsidi agar harganya bertambah murah kerana tepung itu didakwa banyak khasiat terutama bagi pengidap kencing manis, darah tinggi dan pesakit jantung.
            Tindakan kerajaan ini juga menunjuk bahawa kerajaan amat mementingkan kesempurnaan kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyatnya secara global.
            Bagi kerajaan, jika rakyatnya sihat - sihat tubuh badan, akal fikiran dan waras pertimbangannya, maka sekali gus rakyat akan mampu menolak negara bergerak ke arah lebih mantap. Kerana, pergerakan halatuju negara itu adlah dilaksanakan oleh rakyatnya. Jika rakyatnya berfikiran huru hara kerana komplikasi pelbagai masalah kesihatan, bererti akan huru haralah juga negara mengolah pembangunannya. Jentera kakitangan awam tentu tidak bermakna meskipun ramai jika majoritinya berpenyakit kronik. Begitu juga dasar bersara negara sehingga umur 60 tahun juga tidak memberi makna jika bermula seusia 40an majoriti penjawat sudah mengidap pelbagai kompilasi penyakit.
            Justeru, sebagai alternatif penambah-baikannya, kerajaan wajar memperbanyakkan ladang lebah untuk tujuan manisan madu lebah kerana setakat ini kemanisan madu itu (jika asli) terjamin tidak memudaratkan manusia termasuk pengidap kencing manis, darah tinggi dan jantung. Bahkan, Nabi (saw) bersabda bahawa madu itu (lebah) adalah ubat bagi umatnya sehingga baginda melarang sekelian semut merosakannya..
            Sejajar itu juga, selepas ini harga garam juga wajar dinaikkan dan pelbagai perencah serbuk-serbuk perasa yang 'sebenarnya' tidak direkomenkan oleh para pakar pemakanan hendaklah di haramkan penggunaannya terutama yang datangnya daripada negara jiran seperti Thailand.
             

JagindasKencing manis, darah tinggi dan sakit jantung adalah  musuh negara!. (hehehe....boleh kata begitu ke..?)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.