Isnin, 28 Oktober 2013

PENDUDUK SG LIMAU BERTUAH BESAR KALAU PAS MENANG

Mukhriz
Sebelum Mengundi Pembangunan Sudah Mencurah..

DALAM Akhbar Utusan Malaysia hari ini, pengarangnya, Zulkiflee Bakar, yang menganalisis Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah, dalam hujahnya yang panjang lebar akhirnya mengajukan soalan "Siapa sebenarnya boleh pejuangkan nasib penduduk Sungai Limau?" Fahamlah kita, tentulah maksudnya sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pas!-  (Utusan Malaysia: 28/10/13 /p.6 - Analisis)
            Jika itu persoalannya, maka mudah benar jawapannya: Tentulah penduduk di Sungai Limau itu sendiri, siapa lagi kalau tidak mereka?
            Semasa Pas memerintah di situ sebelum ini sehinggalah matinya Datuk Seri Azizan, kononnya banyak perkara yang tidak mampu dilaksanakan oleh parti itu terutama dalam bab kemudahan asas penduduk.
            Berikutan itu, kasihan melihatkan keadaan yang dhaif itu BN menerjunkan pelbagai projek segera sebagai menunjukkan kemampuan mereka membangun dan mensejahterakan rakyat.
            Justeru, BN tidak perlu berkecil hati jika masih juga kalah kali ini atau masih gagal 'mengkalihkan' pemikiran pengundi di situ sepenuhnya kepada BN kerana BN sendiri yang terhegeh-hegeh berbelanja besar sedangkan guruh di langit belum tentu menjanjikan turun hujannya.
            Sebab itu pada fikiran penulis, untuk masa-masa akan datang bagi menghadapi sesuatu PRK adalah dicadangkan supaya taktik menabur projek ketika kempen pilihanraya perlu dihapuskan sebaliknya pemerintah hanya perlu menggariskan janji-janji dan mengotakannya sebaik sahaja diberi kemenangan. Selain daripada mengelak fitnah, langkah itu juga turut menguji keikhlasan kedua-dua pihak --- kerajaan dan pengundi.


JagindasKalau tak ada mengidap tibi, tepuk dada kuat-kuat tanyalah selera berulang kali...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.