Rabu, 28 Mei 2014

JAKIM PERLU ADA MAKMALNYA SENDIRI

Langkah Pantas Pantau Makanan Halal
(Bahagian Satu)

CERITA sensitif dalam seminggu dua ini adalah makanan ‘halal’ yang dicemari najis babi seperti yang berlaku pada coklat cadbury yang heboh diperkatakan di media-media cetak dan elektronik sekarang. Selain najis babi, isu makanan dicemari bahan alkohol juga pernah menggeruhkan umat Islam termasuk penyediaan makan di hotel-hotel.
            Berbagai pandangan, pendapat, cadangan bahkan desakan supaya tindakan tegas dikenakan terhadap pihak terbabit termasuk mengheret mereka ke mahkamah.
            Sekali lagi isu ini akan menjadi polemik jika dibiarkan khalayak membicarakannya manakala pihak terbabit pula bertindak tepis menepis atau bersikap bangau oh bangau. Cerita najis babi mencemari makanan yang sepatutnya halal dimakan oleh orang islam bukan isu baru. Cuma, ia panas bila isu itu timbul kemudian perlahan-lahan sejuk sehinggalah satu isu baru timbul pula.
            Secara kasarnya ini disebabkan oleh majoriti pengguna (Islam) tidak mahir dalam mengenalpasti kod-kod halal dan haram yang dilekatkan pada pembalut/bekas makanan yang dibekalkan oleh kilang atau pengedar. Selain itu tidak mustahil berlaku penipuan dalam menyatakan kandungan melainkan beberapa sampel diuji secara rawak dan dari masa ke semasa.
            Selain itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak lain seperti kementerian kesihatan sebelum boleh mengumumkannya kepada orang ramai. Justeru, dalam tempoh demikian ‘makanan’ tersebut sudah ramai yang memakannya dan menjadi darah daging dalam badan orang Islam.
            Oleh itu, pada pandangan saya sudah sampai masanya Jakim perlu memiliki kakitangan, kepakaran serta peralatan atau kemudahan makmalnya sendiri bagi memudahkan jabatan itu memantau dan mengesan seterusnya mempercepatkan pihaknya mengumumkan hal-hal seperti itu kepada khalayak.
            Sudah sampai masanya Jakim tidak lagi bergantung kepada jabatan atau agensi lain dalam menguruskan item-item yang amat sensitif seperti ini. Bila banyak pihak terbabit atau Jakim bergantung kepada pelbagai agensi makanya kata mengata, tuduh menuduh pasti akan berlaku apabila terjadinya kes seperti ini.
Pada hemat saya usaha memastikan kehalalan tulin makanan mahupun pakaian aau apa juga bahan / aksesori gunaan khusus bagi umat islam adalah juga kerja-kerja “fisabilliah”. Justeru, jika kerajaan tidak mampu menyediakan perbelanjaan merangkumi penyediaan fasararana, maklmal, kemudahan dan penggajian pekerja dan pegawai, maka saya fikir tiada salahnya wang zakat dan baitulmal digunakan untuk membiayainya.
            Agensi itu nanti sewajarnya mempunyai tenaga kerja yang cukup. Dan, mereka hendaklah dikerah setiap masa memantau, menguji dan mengesahkan ‘kehalalan tulin’ sesuatu makanan, minuman, pakaian atau sebarang gajet atau aksesori yang dihalalkan untuk pengguna islam.
            Oleh kerana Malaysia sudah dikenali di peringkat dunia sebagai hub makanan halal, maka sampai masanya negara ini memiliki instrumen khusus tersebut yang dioperasikan sendiri oleh Jakim dengan menggunakan kepakaran daripada kalangan saintis Islam tempatan.
           
Jagindas:  (ke sambungan bahagian 2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.