Rabu, 28 Mei 2014

HALAL ADA PROSEDURNYA SENDIRI

Bolehkah Berkongsi Peralatan ?
(bahagian 2 – bahagian satu di sini)

KENYATAAN  Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk S Subramaniam kononnya pencemaran DNA babi dalam coklat cadbury adalah sesuatu yang tidak sengaja adalah begitu menyakitkan hati ramai pihak. Namun, ada hikmahnya keceluparan beliau itu kerana secara tidak langsung ia memberitahu bahawa berlaku perkongsian peralatan penyediaan (memasak) di kilang tersebut.
            Justeru, disebabkan perkongsian itulah maka berlakulah ketirisan DNA babi apabila alatan yang sama juga telah digunakan bagi menyediakan makanan ‘halal’.  Atau dalam kilang yang sama juga adalah tempat menyediakan makanan tidak halal. Jika inilah yang berlaku bermakna konsep dan prosedur HALAL bagi kalangan bukan Islam di negara ini masih belum jelas. Tidakkah begitu?
            Bagi orang Islam, bukan sekadar adanya najis babi dalam makanan atau pada pakaian dan sebarang aksesori yang digunakan malah berkongsi peralatan yang juga digunakan untuk memasak, menempat atau membungkus makanan juga tidak dibolehkan. Suci bersih serta halal dalam Islam bukan sekadar bersih pada fizikal dan prosedur kesihatan tetapi juga kesemua peralatan terbabit tidak berkongsi atau dikongsikan sama ada dengan sengaja atau tidak.
            Sebuah periuk misalnya yang telah dicemari najis babi dan kemudian dibasuh dan direbus dengan air panas serta dibasuh pula dengan cecair pembersih anti kuman dan virus, masih lagi tidak dikatakan suci lagi bersih jika tidak disamak. Begitu kan? Jadi???
            Selebihnya, saya tidak mahu komen. Biarlah kerajaan, agensi terbabit dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bercakap mengenainya sebab merekalah yang lebih arif dan telah dipertanggungjawabkan.
            Apapun, jika cadbury sememangnya sudah mengetahui prinsip dan prosedur suci dan halal menurut Islam, maka kilang tersebut wajar ditutup dan ‘dibersihkan secara samak’. Jika sebaliknya, maka Jakim kenalah bertanggungjawab sepenuhnya!
            Buat sementara ayuh boikot semua jenis produk cadbury sehingga ada orang Islam yang mengusahakannya. Mereka yang kaya-kaya, ayuhlah rebut peluang fardhu kifayah ini!


Jagindas:  Di tempat saya ramai orang Islam makan di restoran undang galah yang diusahakan orang cina yang tidak ada sijil halal. Konon katanya, untuk orang Islam semua masakan tidak bercampur babi dan minyak babi. Aduhai....(baca di sini dan di sini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.