Selasa, 17 Jun 2014

FORMAT BARU 'BU' TV3 MENGGELIKAN

Format Berita Hendaklah Padat, Serius

Awal Jun lalu, TV3 mempersembahkan slot beritanya menerusi Buletin Utama (BU) dengan format baru. Selama bersiaran kira-kira dua minggu, format berita nya itu bukan sahaja membosankan malah ‘menggelikan’. Ramai peminat BU yang kurang senang.
            Berita sepatutnya dipersembahkan dengan wajah yang serius dan padat tetapi format baharunya itu menjadikan berita bagaikan slot sketsa dan drama. Bagaimana format ini boleh diterima oleh pengurusan tertinggi TV3 memanglah menghairankan kecualilah orang-orang kuat bahagian ‘news’ di stesen popular itu bukan terdiri daripada mereka yang berlatar belakang dan berpengelaman sebagai orang news.
            Namun, setelah ramai yang komplen dan TV3 pun nampaknya sedar akan kesilapan serta kelemahaannnya itu,akhirnya setesen itu kembali bersiaran seperti asal sejak semalam (16/6/14) dengan membuat sedikit perubahan yang tidak menampakkan kelemahan persembahan berita. Untuk hujung minggu (sabtu dan ahad0 tak tahulah pulak. Sama-samalah kita lihat nanti hujung minggu ini.
             Apa pun terima kasih kerana sudi mendengar pandangan penonton lebih-lebih lagi peminat setesen tv3 terkemuka di Malaysia. Itulah matang namanya. Dan, diucapkan semoga terus maju dan maju kehadapan.

Jagindas: kalau nak berbedak pun janganlah sampai macam tepung komak... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.