Khamis, 19 Jun 2014

KAPAL SEMAKIN KARAM

Bocor Dari Haluan Hingga ke Bontot

HARAM! Dekat dekat dengan haram jadah. Rokok haram, arak haram (minum arak itu haram), judi haram (berjudi itu haram), makanan haram, sindiket haram (diesel, dadah, jual orang dan....), pendatang haram, anak haram (maknya terlajak haram) dan entah apa lagi yang haram-haram nampaknya semakin meriah menggeledak dalam negara.
            Apa yang kita tidak ada? Kita ada: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis, Jabatan Pengangkutan dan Jalan raya, maritim, esscom, penguatkuasa bandar (bandar, bandaraya, luar bandar, dalam bandar, pingir bandar, tengah bandar), Jakim, tentera laut, tentera udara, tentera darat, imigresen, kastam, jabatan pendaftaran negara, kanun itu, kanun ini, akta itu, akta ini, peraturan itu dan ini, SOP itu dan ini dan dan dan..... Semuanya kemas segak dan bergaya bahkan katanya sentiasa bersiap saga! Huh!
            “Tiada kompromi” adalah frasa kata yang menjadi ucapan mesti, siap dengan mengetap bibir dan mengangkat telunjuk tanda AMARAN yang tegas dan keras. “Kita tidak berkempromi....!”, katanya.
            Rakyat tertanya-tanya: macam mana boleh tiris, bagaimana boleh bolos, macam mana, macam mana, macam mana.....(???)
            Kalau tidak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak ada angin masakan pepohon bergoyang lintuk piuk bagaikan gadis separa bogel menari di pentas dalam sinar lampu yang suram.
Eh, Kalau tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh orang pun tak kata. Sudah lupakah itu?
            Kelihatan kapal semakin karam! Yang memakai jaket keselamatan mungkin selamat. Yang menuntut ilmu mengapung diri (tak kiralah ilmu hitam mahupun ilmu putih, kelabu merah dan biru) pun mungkin selamat. Itu pun kalau sempat diselamatkan kerana kalau terapung ditengah laut bergelora jika tak makan tak minum selama dua minggu pun pada adatnya mati juga. Yang lain-lain hanya doa dan belas kasihan Allah sahajalah yang mampu dipanjatkan. Mati lemas atau mati kekeringan adalah barang yang pasti!
           

Jagindas:  Kalau emosi tidak stabil, tonton drama berat pun boleh pengsan weh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.