Isnin, 16 Jun 2014

JAKIM PERLUKAN POLIS?

"KDN bersedia tempat polis di Jakim" - Zahid
 Atau Polis Yang Perlukan Jakim

BARU-BARU ini, Menteri DalamNegeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, berkata kementeriannya menunggu lampu hijau daripada Jabatan Perhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi menempatkan polis di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
             Menurut beliau, rasionalnya adalah dengan cara itu dipercayai ia dapat mempertingkat lagi tugasan Jakim dalam urusan menangani pelbagai kes jenayah yang berkaiatan syariah. (baca di  sini )
            Persoalannya bagaimana keperluan ini dikaji oleh pihak Zahid? Perlukah begitu? Atau apakah lebih baik menempatkan lebih banyak pegawai agama Islam di jabatan-jabatan polis terutamanya di peringkat daerah bagi memudahkan kedua-dua pihak membuat pendakwaan terhadap kes jenayah civil dan syariah yang berlaku serentak!.
            Polis mesti tidak setuju! Itu sebab awal-wal dia tembak Jakim, barangkali...
            Fikir-fikirkanlah..
           

Jagindas: Selamat menonton pesta bola piala dunia...GOLLLLLLLLLL!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.